AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Wednesday, February 26, 2014

Resepi Nasi Arab - Somali Style

RESEPI NASI ARAB SOMALI STYLE

Resepi ni sesuai untuk masak nasi arab lauk unta, daging lembu atau daging kambing. (KZurai....nak guna pipi lembu pun sesuai jugak - rasa macam daging unta). Lauk ayam tak sesuai masak guna resepi ini ya!
Yang tu kena tunggu lain hari. Cikgu pun belum sempat bertalaqqi lagi

Nasi
Mula-mula kita rendam beras. Orang Arab guna beras yang panjang-panjang. Kita beras basmathi lah. Kalau nak jenis panjang pun, ada cap Faiza nama apa ntah. Yang extra long macam dlm iklan tv tu.

Perasa
Biji ketumbar beberapa biji (banyak juga la)        )
Bawang putih 10 ulas                                          )                                              Tumbuk (A)
Daun ketumbar                                                   )

4 biji tomato                                                       )
5 ulas bawang putih                                             )                                              Kisar(B)
Sedikit air                                                           )

Daging
Sementara tu, rebus daging bersama biji ketumbar yang di tumbuk dan daun ketumbar yang di potong. Rebus sampai daging lembut
Bila daging sudah lebut, tapis dan asingkan air yang di tapis dgn daging. Jangan buang air tu tau!

Untuk masak daging
Mula-mula masukkan minyak (tak perlu banyak sangat)
Masukkan bawang besar yang telah di hiris memanjang
Setelah bawang layu/lembut, masukkan daging
Kemudian masukkan bahan (A) tadi
Masukkan garam
Kalau ada batu perasa (org Somali sebut maci). Saya tak tahu apa nama, tapi kalau pergi haji ada budak2 mutawif akan promote batu ni untuk di kunyah, kononnya untuk mencerdaskan minda macam Imam Syafei. Batu ni macam Kristal gitu
Masukkan lobak merah yang di hiris secara siat
Masukkan green pepper, juga yg di hiris siat
Masukkan serbuk jintan putih
Bila air sudah hampir kering, keluarkan daging dan letak dlm pan satu lagi
Masukkan bahan yang di kisar (B)
Masukkan kentang yg di potong wedges
Masukkan air rebusan daging
Biarkan mendidih hingga kentang lebut dan hampir pekat à jadi sause ( C )

Sementara itu, daging yang dikeluarkan tadi, direbus lagi guna air rebusan asal
Bila air hampir kering, masukkan tomato yg di potong kiub besar
Masukkan green pepper
Masukkan cili besar hijau

Untuk masak nasi
Mula-mula didihkan air bersama garam, jintan putih dan kulit kayu manis dan buah pelaga (ambik biji shj)
Bila air dah mendidih, masukkan beras yg telah di rendam tadi
Masak nasi hingga 80% masak
Keluarkan separuh dari nasi.
Lapik dgn sause (C) tengah2
Bubuh nasi
Bubuh baki air rebusan daging
Tabur dgn za’faran separuh bahagian
Tutup periuk nasi dan biarkan nasi masak sepenuhnya

Nasik Arab dihidangkan bersama lauk dan salad. Dan salsa/zalatah. Kuah dalca tak ada ya! Nak kuah dalca ke, kuah apa-apa ke tu dah tak masuk dalam set resepi nasik Arab tau!

Ini Sameerah, muallimah nasik Arab ni
Saya dah cuba masak nasik arab Somali style ni masa balik KB baru ni. Jadi. Memang sedap!
Tapi.....
Untuk orang yang menghargai masa seperti saya ini (ececeh) resepi ini sangat leceh. Sekejap masuk dalam periuk tu, sekejap keluarkan, sekejap bubuh dalam periuk tu, sekejap tuang lagi...Ambik masa, dan menggunakan banyak peralatan dapur yang kena di basuh selepas tu. 
Saya pikir, saya akan modify guna bahan yang sama tapi cara masak macam masak beryani gam. Saya pasti rasanya masih tetap UMPHH!!!

Orang kita memang kreatif dan inovatif. Cik Yon mesti boleh masak nasik Arab ni dengan lebih cepat, lebih cekap, lebih sedap. Kalu saya pi Utagha, jangan lupa kasi saya food test ya!
Ini nasik Arab versi KZurai dgn lauk2 iringan
ada lauk ayam, ada kurma pipi lembu, ada pipi
lembu cecak ayak asam dan salsa ketumbar

Minggu lepas, saya ke rumah Kak Zurai, kawan sekolah KIK dahulu. Setelah 29 thn tidak bertemu. Kak Zurai masih maintain menawan walaupun sudah ada 5 cahayamata. Kak Zurai jamu saya dengan nasi Arab versi KZurai. Siap bubuh serai dan daun limau purut lagi! Saya rasa orang Arab pun konfius kalau tengok nasik Arab KZurai ni yang ada serai bagai (Hihihi).
Apa versi sekalipun, nasik Arab KZurai ni memang SEDAAAP!! dan lagi... Nasik Arab Kak Zurai ini di pasangkan dengan lauk spesel....Lauk Pipi Lembu!!!!! Owh....Kak Zurai....bila nak panggil saya makan pipi lembu cecah ayak asam KZurai lagi??? Saya sudah kempunan lagi nii!

Resepi bonus: SALSA
Bawang besar
Tomato
Cili merah
Cili padi (optional - kalau nak pedas)
Daun ketumbar
Garam
--- kisar kesemua bahan

Ini maci yg di maksudkan

SELAMAT MENCUBA YA!

Friday, February 21, 2014

Sehari di dalam syurga - Part II

HARI JUMAAT DI SYURGA

Selamat menyambut hari Jumaat! Jumaat Hari penuh Barokah! Jumaat Penghulu sekelian hari! Di dunia sahaja, banyak sudah hadis yang menyebut serta menggambarkan kelebihan dan keistimewaan hari Jumaat.
Pastinya hari Jumaat di syurga itu lebih-lebih lagi istimewanya, lebih-lebih lagi indahnya. Hingga tak tergambar dek mata, tak terungkap dek kata-kata.

Ayuh! Kita mengembara ke syurga….
Hari Jumaat di syurga adalah hari yang sangat hebat. Suasana  di hari Jumaat amat berbeza dari hari-hari yang lain. Angin yang membelai di hari Jumaat lebih lembut dari hari-hari biasa. Belaian angin yang sepoi -sepoi menghasilkan bunyi-bunyian yang sungguh indah bagaikan lagu. Bumi syurga akan disirami (showered) oleh air hujan yang sungguh wangi. Wangian yang belum pernah terhidu seumpama itu sebelumnya. Di hari Jumaat, para ahli syurga akan berpakaian lebih indah dari hari-hari biasa. Ini kerana di hari Jumaat, para ahli syurga akan menghadiri majlis perhimpunan para ahli syurga.  Buraq akan datang bersusun-susun (tetiba saya teringat movie Avaatar), bersiap sedia untuk membawa semua ahli syurga ke majlis tersebut.
Di majlis ini semua ahli syurga di setiap aras/tingkat syurga akan berhimpun. Setelah semuanya berkumpul, Allah akan menyeru, bertanya kepada semua hadirin “Apakah ada sesuatu yang lain yang perlu Dia tambah?” Dan semua ahli syurga akan menjawab, “Bahkan ya Allah. Tiada apa lagi yang perlu kami minta. Semua sudah Engkau berikan”.  (Tapi betul ke ahli syurga dah rasa cukup? Eheheh… ayuh kita lihat apa cerita selanjutnya..)

Allah masih mahu memberikan ni’matNya dan menyeru kepada ahli syurga yang hadir di majlis itu untuk bangun, lihat dan pilih apa sahaja yang mereka mahu yang berada di pasar. Di sana terdapat suatu pasar yang di kelilingi oleh para malaikat. Para ahli syurga pun bangun lalu menjumpai segala barangan yang semasa di dunia dahulu mereka amat idam-damkan tetapi tidak mampu memilikinya berada di pasar tersebut. Apa lagi.... Mereka pun  berebut-rebut mengambil apa saja yang mereka mahu tanpa perlu pikir panjang, tanpa perlu berjual beli.
Di majlis perhimpunan agung  ini juga para ahli syurga akan saling bertemu dgn yang lain. Mereka akan bertemu dengan ahli-ahli syurga yang tinggal di aras yang berbeza dari aras mereka tinggal. Ahli syurga yang tinggal di aras yang lebih tinggi akan pergi bertemu dengan ahli syurga dari aras yang lebih bawah. Sudah pasti, orang di aras tinggi, penampilan dan pakaiannya lebih hebat dari orang dari aras yang lebih rendah. (itu harus lah kan???)  Adapun orang yang di temui akan terharu melihat pakaian teman yang datang menemuinya. Belum sempat habis berbicara, sekonyong-konyong pakaian yang di pakai atas tubuhnya akan ditukar dengan pakaian yang lebih cantik dan lebih menarik lagi. Hal ini berlaku ialah supaya tiada seorang pun yang akan berdukacita di dalam syurga.


Saat paling indah di hari Jumaat ialah saat bertemu Allah. Setiap seorang ahli syurga akan ada masa ‘exclusivenya’ bertemu Allah. Ketika tiba masanya, Malaikat akan menghampiri ahli syurga sambil membisikkan “ Its time for you to meet Allah. You and Allah alone. You and Allah alone!” dan berangkatlah ahli syurga tersebut bertemu Allah.


Setinggi-tinggi ni’mat di syurga dan seutama-utama kesempurnaan ialah ni’mat melihat Allah Yang Mulia. Semoga Allah, dengan keMuliaanNya, dengan kasih-sayangNya menganugerahkan kepada kita semua ni’mat untuk bertemu dan melihat wajahNya.

*** Tulisan sehari di dalam syurga Part I dan Part II di adaptasi dari buku Bangkit Semula Sesudah Mati susunan Ibnu Idris dan dari nota penyampaian Syeikh Tawfique Chowdhury - A day in Paradise di Twins of Faith 2012