AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Friday, October 11, 2013

Sehari di dalam syurga - Part I


Hari ini saya ingin berkongsi nota saya berkaitan “Sehari di dalam syurga – A day in Jannah” di sampaikan oleh Syeikh Tawfiq Choundry semasa event Twins of Faith 2012.

waduh waduh waduh kok temanya cantiq banget…penangan menulis blog sambil nonton “Di bawah langit”, my favourite Inneke is there. Tapi tak best Opick  gaya orang gilla gitu..

Ok ok…kembali ke bahasa ibunda…

Terdapat banyak tingkat syurga dan jauh antara satu tingkat dengan satu tingkat yang lain adalah sejauh langit dan bumi.
Sebelum di jemput ke syurga, semua ahli syurga akan kembali ke usia 33thn iaitu usia paling matang dan paling cantik. Susuk  manusia dikembalikan ke ketinggian 60 kaki  dan 7 kaki lebar. Dinyatakan itulah saiz asal bapa manusia, Adam a.s

Tatkala mahu melangkah kesyurga, haruman syurga  sudah terhidu jarak 500 tahun perjalanan. Begitu juga terdapat beribu-ribu pintu syurga dan jarak antara satu pintu syurga juga adalah sejauh 500 tahun perjalanan.

Ahli syurga di sambut oleh para malaikat, wildan dan huurul-ain

Saat melangkah, para ahli syurga akan di sambut oleh para malaikat yag bertindak sebagai penjaga pintu. Para malaikat ini mempunyai 600 sayap. Ada yang berdiri, ada yang sibuk berlegar-legar meraikan ketibaan penghuni syurga. Mereka tidak putus-putus mengucapkan salam selamat datang “Wahai jiwa yang tenang, kembalilah engkau kepada Tuhanmu degngan gembira dan masuklah engkau dalam hambaku, masuklah engkau dalam syurgaku”.

Disamping malaikat yang menyambut ketibaan ahi syurga, terdapat para wildan yang comel, berlari-lari riang. Para wildan adalah anak-anak ahli syurga yang mati sebelum baligh.  Ketika hendak melangkah masuk, ahli syurga terpandang kelibat cahaya memancar bagaikan kilat. Satu cahaya yang cukup indah. Para ahli syurga terpegun dengan kilatan cahaya sebegitu indah lantas menoleh kepada para wildan yang turut berada di sisi pintu syurga.  Ahli syurga merasa hairan lagi taajub sambil bertanyakan kepada para wildan apakah kilatan itu? datang dari manakah kilatan itu. Para wildan berpandangan sambil tersenyum, kenyit-kenyit mata  sesama mereka.  Apabila terlihat lagi kilatan cahaya tersebut, ahli syurga menjadi semakin ‘curious’ dan bertanya lagi wildan. Wildan pun panggil ahli syurga dekatkankan telinga ke mulut dan berbisik “itulah kilauan senyuman bidadari  -huurul ain perempuan syurga yang di siapkan Allah untuk menjadi isteri kamu. Mereka tersenyum kerana calon suaminya telah pun tiba dan tidak sabar-sabar menunggu anda masuk ke syurga”. Hmmmmm….

Sementara para malaikat serta para wildan sibuk menjalankan tugas meraikan ketibaan ahli syurga, para huurul-ain ini, dengan gediknya dan sambil melambai2 tangan menyanyikan lagu tanda gembira yg berbunyi;

Kamilah perempuan abadi, tidak pernah binasa
Kamilah perempuan yang senang, tidak pernah susah
Kamilah perempuan yang reda, tidak pernah marah
Merasa senanglah orang yang memeiliki kami, kami ini dia yang punya
(hadis dari Ali bin Thabit – riwayat Tarmizi)

Huurul –ain menyanyi beramai-ramai dengan suara yang sungguh merdu. Sehingga sungai boleh berhenti mengalir dan burung-burung boleh berhenti terbang kerana terpukau dengan alunan suara huurul-ain ini.

Tapi jangan jeles wanita dunia yang solehah mukminah! Anda tetap akan di kumpulkan bersama suami anda di syurga nanti. Malah anda akan menjadi Ketua Huurul-ain ini! Dan kecantikan anda tidak akan terlawan oleh para huurul-ain. Ketua Bidadari! Mestilah tercantik dari yang tercantik!!! Suara anda lebih merdu dan lebih memukau dari suara huurul-ain. Anda akan berbalas-balas nyayian dgn huurul-ain  dgn lirik berikut;

Kamilah perempuan solat, kamu tidak
Kamilah perempuan berpuasa, kamu tidak
Kamilah perempuan berwuduk, kamu tidak
Kamilah perempuan bersedekah, kamu tidak
(Hadis Aisyah –riwayat Tarmizi)

Kami perempuan dunia lebih hebat weh!!! Kamu kalah!

Oh…jangan sedih kepada wanita ahli syurga yang bujang, ada bidadara yang turut menanti anda. Bidadara yang lebih hensem, lebih ganteng, lebih romantic, lebih power dari lelaki-lelaki di dunia ini!

..............to be continued...Part II


Tuesday, October 1, 2013

MLP - Typo error?


Salah taip? Sepatutnya MLM atau NLP?
No no no. Tak salah taip.
Betul. Its MLP – Multi level pahala bukan saya yg reka perkataan, Tapi saya dengar dalam radio ikim masa balik kerja semalam.

Berkenaan program ibadah qurban yg di kendalikan oleh EZQurban dgn Al-Baghdadi.
Katanya setiap RM5 yang kita bayar untuk bahagian korban akan dimasukkan kedalam tabung untuk pembelajaran al-quran anak2 yatim atau anak2 orang miskin. Bila anak-anak ini belajar al-Quran, baca dan seterusnya, saham kita ada juga di situ. Jadi pahalanya ber multi level. Berganda dan ganda dan ganda!!!
Rasulullah s.a.w amat menggalakkan umatnya menunaikan ibadah qorban kerana signifikasinya pada ummah di samping mendapat pahala yang sangat besar. Tak perlulah saya menghuraikannya di sini. 

Sebuah hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah:
Zaid bin Arqam berkata:
Mereka telah bertanya, wahai Rasulullah, apakah udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w menjawab : ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim
Mereka bertanya lagi. Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w menjawab: untuk setiap helai rambut satu kebaikan
Mereka bertanya lagi. Maka bulu yang halus pula? Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan

Lantaran besarnya pahala yang Allah sediakan kepada org yang menunaikan ibadah qorban ini, ada imam yang menharuskan berhutang semata-mata untuk merebut ganjaran yang Allah sediakan.

Saya tak adalah suruh anda berhutang, tapi kalau anda ada duit lebih, kan baik gunakan untuk pelaburan akhirat ini. Pelaburan yang KONFORM untung. Saya jamin untung! Errr…dengan niat yang betullah.
Tetamu di ikim ada sebut website ini www.korban2u.com tapi bila saya ke site tersebut, macam tak kemas kini je.
Ada fb Qurban Aqiqah Perdana. Anda boleh rujuk di situ dan kalau ada pertanyaan, telefon terus penganjur. Ada nombor talipon di situ.
Selain dari Qurban aqiqah perdana ini, anda boleh memilih untuk melaksanakan korban melalui http://islamic-relief.org.my/qurbani-2013/ di negeri2 lain seperti Sri Lanka, Pakistan, Somali, India dan banyak lagi. Kadar dari RM350 hingga RM1400 setiap bahagian tertakluk kepada pasaran semasa tempat2 tersebut

Kalau anda mahu dapatkan resit untuk pelepasan income tax, anda boleh buat korband melalui Haluan Malaysia atau Aman Palestin

Saya tak ada komisen promote korban ni. Yang saya harapkan ialah komisen akhirat. Cuba menjadi 'rider' melalui amalan orang lain. Hiiiii