AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Sunday, September 1, 2013

Hati berbunga-bunga

Pernahkah anda di datangi oleh seseorang berbangsa ala Pakistan meminta derma/sedekah/menjual tasbih? Dan bila anda tanya berapa harga, dia kata bagi seikhlasnya. Bila anda bagi sedikit wang, dia akan menadah tangan dan membacakan doa untuk anda?
Atau
Pernahkah anda melihat wanita indon menyelongkar tong sampah mencari botol2 atau bekas2 plastik untuk di jual? Dan anda menghulurkan sedikit wang kepadanya, dan dia memberikan senyuman kepada anda lantas berkata “Terima kasih Buk~ moga Alloh menambah rejeki Ibuk”
Apa perasaan anda ketika itu? Perasaan saya? Menyesal! Dalam keadaan biasa-biasa, apabila saya memberi sedekah dan penerima sedekah mengucapkan terima kasih, saya tak rasa apa-apa. Tapi kalau penerima sedekah saya itu membaca doa (atau mendoakan saya) selepas saya bagi sedekah, saya akan rasa sangat menyesal. Saya rasa menyesal kerana cuma bagi seringgit dua- tak setimpal dengan nilai doa yang mereka bagi kepada saya. Rasa macam nak patah balik tambah lagi sedekah pun ada, tapi malu lah pulok nak patah balik. Heee
Saya pasti, apabila kita memberi, kita tidak mengharapkan apa-apa balasan. Insya Allah, pemberian kita ikhlas. Tapi Allah Maha Sensitif dan Maha Peka dengan naluri kita. Hati kita akan lebih tersentuh sekiranya orang yang menerima pemberian kita mendoa kan kita. 
Dalam Surah Al-Taubah: 103 Allah berfirman

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Begitu halus sekali Allah menyantuni fitrah hati kita tatkala Allah menganjurkan pihak penerima sedekah/zakat untuk mendoakan kepada orang yang memberi sedekah/ zakat itu. 
Apa yang boleh kita pelajari dari ayat di atas ialah Allah menggalakkan kita untuk mendoakan orang yang berbuat baik kepada kita.  
Contohnya:
i)   Kita tumpang kereta kawan. Kita ucap terima kasih. Apa kata kita tambah dgn  doa agar Allah berkati kereta beliau. Kalau kereta beliau kecil, kita doakan agar Allah murahkan rezeki sahabat kita itu untuk dapat beli kereta yang lebih besar. Doakan depan beliau. Pasti hati sahabat kita itu akan berbunga-bunga.
Atau
ii)  Kita minta kawan tolong belikan lunch. Selain ucap terima kasih, kita tambah dengan doa. Doakan agar kawan yang tolong kita tu supaya Allah berikan kebahagian, kesihatan untuk sentiasa cun melecun. Pasti sahabat kita gembira mendengar doa kita itu.

Kalau rasa tak sempat nak doa, sebut sahaja “Jazakallahi khaira” yang bermakna “Semoga Allah membalas kebaikan kepada anda”. Berterima Kasih itu bagus tapi bila diikuti dgn doa 'agar Allah membalas kebaikan yg diberi' rasanya itu lebih bermakna

*** antara sebab saya suka jamu Kak Fajar makan ialah sikap beliau yang semula jadi. Selepas makan saja, Kak Fajar akan terus baca doa untuk saya. Dan owh ~ doa  beliau membuatkan saya rasa ~  sungguh bahagia! 

No comments:

Post a Comment