AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Sunday, November 14, 2010

Hari wukuf Isnin di Saudi

Tengahari tadi saya mendapat sms dari kenalan yang kini berada di tanah suci menyatakan mereka akan bertolak ke Arafah jam 3ptg (8mlm waktu Msia). Esok isnin waktu wukuf di Saudi. (Setahun lalu, jam 3 petang kami sudah pun berada di kemah Arafah, menyidai telekung yang basah kuyup dek hujan lebat).

Al-Hajju 'Arafah. Haji itu Arafah. Hari Arafah hari paling penting bagi tetamu Allah ini. Hari Allah menggantikan lembaran baru bagi mereka yang hajinya mabrur. Orang yang hajinya mabrur ibarat bayi yang baru lahir. Cabarannya selepas itu....untuk mengekalkan amalan-amalan sunat yang dipraktikkan selama di tanah haram. Cabarannya...untuk menjadikan kita hamba Allah yang lebih rendah hati, lebih baik pekertinya. Cabarannya...untuk menahan diri kita dari melakukan dosa-dosa. Cabarannya...menjaga kesucian 'title' Haji/Hajah...

Kita yang tidak mengerjakan haji disunatkan puasa 9Zulhijjah. Menumpang berdoa dihari dibukakan langit olehNya, hari doa-doa diangkat.
Seorang sahabat bertanya. Kita nak puasa bila ye? Isnin ke Selasa? Sebab kita Raya Rabu? so saya nasihatkan sahabat saya itu agar puasa pada hari Isnin dgn niat puasa Isnin, dan puasa lagi di hari Selasa dengan niat puasa 9Zulhijjah. Mudah-mudahan Allah terima..

Saturday, November 13, 2010

Saya suka dengar...

Pertama kali saya melihat beliau di kaca TV saya terus jatuh hati kepadanya. Bait-bait kata yang dikeluarkan satu persatu, penuh tersusun, penuh teratur. Seingat saya ketika itu beliau dijemput untuk salah satu slot motivasi dlm The Breakfast Show TV7. Ketika itu, hati kecil tertanya siapakah gerangan wanita ini. Bahasa Inggeris beliau mudah tapi spiritual berilmiah. Ooo...rupa-rupanya beliau adalah seorang pakar mata! Dr Muhaya Mohamad. Hebat! Saya amat mengagumi wanita, pakar dalam bidangnya, professional lagi tinggi fahamnya kepada Islam.

Sayang sekali, selepas slot TV tersebut saya tidak lagi terserempak dengan beliau pada program/slot/segmen lain sehinggalah baru-baru ini saya 'ter' pasang siaran Radio Ikim. Saya tidak pasti segmen apa. Apa yang Dr sampaikan itu adalah perkara biasa-biasa sahaja, tetapi penyampaiannya amat menyentuh jiwa saya.
Ingin saya kongsi catatan saya sepanjang segmen tersebut;
  • Kalau kita hendak dekat dengan Nabi, mahu melihat Allah di akhirat, hendaklah kita berperangai baik.
  • Orang paling baik ialah 1) orang yang berilmu 2) orang yang lemah-lembut
  • Kalau Allah mahu keluarga itu bahagia, Allah jadikan keluarga yang lemah lembut.
  • Kita tidak boleh kawal apa yang berlaku tetapi kita boleh kawal respon yang nak kita buat.
  • Perangai kita pilihan kita.
  • Petua rumahtangga
  • 1) ingat kita tidak tahu siapa pergi dulu
  • 2) Cuba masukkan sifat lemah-lembut dalam kehidupan kita
  • 3) Fokus kita: berazam menjadi isteri solehah
  • Suami adalah tali kita ke syurga

Saya suka dengar penyampaian beliau. Slot beliau di radio ikim hari Rabu 10pagi. InsyaAllah. Disini ada rakaman "Islam itu Indah" Radio ikim.... http://www.mediafire.com/download.php?k3orfkvg0h2953d


Sedikit lapang hari ini, tangan saya menekan kekunci carian Dr Muhaya. http://www.drmuhaya.com/
Oh...saya sudah miss program bual bicara beliau.. Bicara Motivasi "Mata ke Hati" bermula Jumaat 12hb 7mlm, ulangan Sabtu 6ptg dan ulangan lagi Ahad 930pagi di Astro Prima. Saya tak boleh miss lagi untuk episod akan datang Insya Allah.... Tolong ingatkan ye...

Beberapa senarai doktor yang saya kagumi... Prof Madya Dr Harlina Haliza Hj. Siraj, Dr Normah Abdullah, Dr Hafizah Mustakim.