Alhamdulillah, saya bertuah mengenali dan mempunyai mereka sebagai rakan saya;
Teman2 yang ikhlas memberi teguran bila perlu di tegur, memberi pandangan bila di minta, memberi solusi bila di tanya, ilmu di kongsi tanpa iri, sama-sama ceria di saat gembira dan sama-sama bersedih di saat ada yg berduka.
Chatting berikut di grup Tele kami;
Ani: Yon....Option A ke B?
Happy New Year Yon....hehe
Yon: Ani...byk tahun dah dok pilih A...thn ni nak pilih B pula..."sengih"
Ani: ok Yon, sama la kita...Stick to your resolution Yon.
Rasa tawon ni boleh berjaya resolution kita tu Yon...
Yon: "sengih" "sengih"
Ina: Ina dok pilih B selama ni....so tahun ni nak pilih A la pulak
Yon: "berpeluh"
Ani: Ina dok pilih A, tapi buat B...hehe
Pilih B... senang sikit ar....
Yon: dah frust dgn pakej A..jadi ubah lah pi pakej B pulak mulai tahun ni
Hana: Kena istiqomah pilih A, biar senang beribadat "senyum"
Yon: Tkasih Hana atas nasihat
Hana: "jambangan bunga" utk Yon
Buat semua rakan2 ex-KIK 85 dalam grup Tele dan bukan dlm grup...
I love you all lillahi ta'ala....All my best wishes to you!!!
Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah daku ke dalam golongan orang-orang yg saleh, dan jadikanlah daku buah tutur yg baik bagi org-org yg datang kemudian, dan jadikanlah daku org yg mempusakai syurga yg penuh keni'matan.... asy-syu'araa:83-85
AL-KAABAH AL MUSHARRAF
Sunday, January 1, 2017
Resepi 5-AT
Resepi 5-AT: berserAT, berkhasiAT, cepAT, sehAT
Di sini saya ingin
kongsi resepi sayur bendir yang sering saya buat di rumah.
Resepinya mudah
saja…..haruslah mudah untuk orang yang kurang rajin memasak seperti saya ini…
Bahan-bahannya:
Bendi
Bawang besar
Buah tomato
Serbuk jintan putih
Coarsed chilli
Garam
Daun ketumbar
*optional : limau
nipis
Caranya:
Goreng bawang besar
hingga layu
Masukkan bendi
Masukkan cili serta
serbuk jintan putih
Masak sehingga bendi
lembut
Masukkan buah tomato
Stabilkan rasa dengan
garam dan taburkan daun ketumbar
Kalau nak bubuh jus
limau nipis pun boleh. Kasi masam2
Siap!
Resepi
ini resepi
asas.
Boleh dimakan begitu saja atau makan dengan nasi. Kalau nak makan
dengan nasi, saya akan tambahkan ayam yang di potong kecil. Enak weh!
Kalau
saya nak makan dengan roti, saya akan tambahkan telur. Caranya bila dah
masak, saya akan buatkan ‘telaga’ di tengah2 masakan ini dan
kemudian saya akan pecahkan telur. Angkat semuanya dan makan cecah
dengan roti.
Infused Water
Saya juga suka buat
infused water menggunakan bendi bersama daun ketumbar.
Ambil 2 batang bendi
dan potong halus-halus. Masukkan daun ketumbar untuk memberi bau yg wangi.
Isi
air dan biarkan semalaman. Minum di waktu pagi sebelum sarapan.
Kawan saya geli nak
minum sebab airnya jadi berlendir. Tapi saya ok je. Bak kata org Jepun, "Heiki…tenang2 aje"
Antara khasiat bendi
ialah:
✔Menstabilkan kandungan gula dalam darah
✔Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar
✔Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan
masalah sembelit, terutama dalam kalangan warga tua
✔Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran
usus
✔Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang
murung, keletihan dan rasa tidak selesa
✔Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan
pada sendi
✔Sifat yang beralkali membantu meneutralkan asid
dalam badan, sekali gus membantu mengurangkan masalah penghadaman
✔Membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit
kerongkong dan kesakitan pada dubur
✔Air rebusan bendi boleh mengenyahkan toksik, di
samping menstabilkan paras gula dan mencegah diabetes. Rendam dua batang bendi
yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air selama semalam. Pastikan gelas
ditutup. Amalkan minum air rendaman tersebut selama 2 minggu sebelum sarapan
kerana dikatakan mampu memberikan hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.
Kacang bendi memang
banyak khasiatnya. Mari amalkannya demi kesihatan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)