AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Monday, September 14, 2015

PERKAHWINAN 2 ILMU - BACALAH DENGAN SENYUM



ILMU 1
Saya mengikuti kelas mengaji yang di kendalikan oleh Ustazah Aminah. Jangan sombong bila bercakap tentang ilmu Al-Quran. Kalau pun rasa sudah pandai, bila masuk kelas, pasti ada lagi yang silap, pasti ada juga ilmu yang kita belum tahu.
Ilmu Allah itu seluas lautan. Tidak sesekali kita mampu menguasainya walaupun sekadar setitik air.

Baik.
Berbalik kepada kelas al-Quran bersama Ustazah Aminah….
Saya baru tahu apabila kita membaca al-Quran, 90% bacaannya mesti dalam keadaan mulut kita ‘tersenyum’.  Baca dalam keadaan senyum? Jenuh saya ’praktis’ baca dalam keadaan senyum. Hilang tumpuan. Hilang penghayatan sebab terlalu berhati-hati hendak memastikan mulut saya dalam keadaan senyum bila membaca ayat-ayat Allah itu.   
Saya cuba membaca al-fatihah dengan keadaan senyum. 
Belum mahir. 
Solat saya menjadi terawang-awang… 
Saya tidak boleh faham…kenapa perlu membaca al-Quran dengan tersenyum

ILMU 2
Satu hari ke pejabat. Seperti biasa, sambil memandu,  saya mendengar saluran radio yang paling saya minati – radio ikim. Slot Ustazah Norhafizah Musa. Dah lupa apa tajuknya. Yang saya ingat Ustazah bercerita tentang puji-pujian.  Bila memuji….bukan orang yang kena puji saja rasa ‘best’ tetapi orang yang memuji juga pasti merasa ‘best’. Ustazah kata….cuba kita puji seseorang…apa kita rasa ketikamana kita memberi pujian?Bagaimana mimik muka kita ketika memberi pujian?  Pastinya ketika memuji, kita memuji siap dengan mimik mukanya..penuh senyum…bersungguh-sungguh…dan hati  pula berbunga-bunga. Bukan dengan wajah ‘kelat’ dan hati ‘dingin-hambar’. Betul kan?
Begitu lah sepatutnya kita rasa apabila kita memanjatkan pujian –tasbih kepada Allah Yang Maha Besar, Yang Maha layak menerima pujian. Jiwa kita patut merasa lebih bahagia. Hati kita sepatutnya menjadi lebih berbunga-bunga. Pujian kepada Allah sepatutnya memberi kesan yang lebih hebat dari apa yang kita rasa apabila memuji sesama  makhluk.

PERKAHWINAN ILMU - BACA LAH DENGAN SENYUM
Dengan ilmu yang saya dapat dari  Ustazah Norhafizah, saya cuba kaitkan pula dengan ilmu yang saya dapat dari Ustazah Aminah. Yang selama ini saya tertanya-tanya, apa signifikannya membaca al-Quran dengan cara ‘senyum’.
Tidakkah al-Quran itu penuh dengan puji-pujian kepada Allah? Kembali kepada prinsip asas…memuji bukan sahaja boleh membahagiakan yang di puji, tetapi  sepatutnya memberi kebahagiaan kepada yang memuji. Bagaimanakah hati saya tatkala membaca al-Quran? Bahagia kah? Berbunga-bunga kah? Bagaimana pula mimik muka saya? Benar-benar bersungguh kah? Bersungguh-sungguh ikhlas memuji? 


Sekali lagi. Saya suba praktis. Di dalam solat saya. Membaca al-fatihah.  Membaca dengan tersenyum.  Sungguh-sungguh tersenyum sambil memuji.  Sungguh-sungguh memuji sehingga masuk ke hati.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah. Yang Maha Penyayang
Tuhan sekelian alam.
Allah Yang Maha Pemurah. 

Allah Yang Maha Penyayang.
Allah Pemilik semesta alam.
Hanya kepada Engkau aku sembah
Hanya kepada Engkau aku minta tolong
Dan kali ini…..saya mendapat jawapannya….kenapa kita perlu membaca al-Quran dengan tersenyum.



Cubalah….mulakan dengan al-fatihah.
Dalam solat anda.
Baca dengan senyum.
Puji Allah dengan sungguh-sungguh.
Lafazkan pujian itu.
Rasakan dalam hati.
Jadikan pujian anda se ikhlasnya.
Anda akan rasa sebagaimana yang saya rasa.  Hanya yang alaminya akan tahu..…

### saya hargai kiranya anda boleh memberi maklumbalas kepada saya setelah anda cuba latihan membaca sambil senyum di atas