AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Sunday, April 26, 2015

Kerana ciku, saya menagis

Dah tinggal sebijik, baru teringat nak
ambik gambar. Hihihi..

Ciku adalah buah kegemaran saya. Dalam bahasa Kelantan, ciku di panggil buah sawo nilo. Entah bagaimana napat nama 'sawo nilo' tu, tidak lah saya tahu.
Saya masih ingat, di belakang rumah arwah nenek saya ada 3 batang pokok ciku. Pokok nya rendang, buahnya lebat. Tak putus-putus berbuah. Dan saya, emak, sepupu-sepupu saya akan berlegar-legar di dalam kebun nenek memetik buah sawo yang masih putik. Buah sawo itu kami peram sehingga masak. Rasanya manis amat. Dan saya dapat menikmati buahnya sampai ‘muntah’ (untuk menggambarkan mewahnya kami dengan buah sawo dari 3 pokok itu) Subhanallah wal hamdulillah~

Dewasa, kami mula berjauhan. Saya sambung belajar, bekerja dan berumahtangga. Pokok sawo itu jadi makin terpinggir. Buahnya  makin kurang dan makin tinggi untuk di capai. Sehinggalah sekarang, saya langsung tidak menjenguk pokok sawo itu apabila balik kampung. Kata emak, pokoknya masih ada, tapi sudah tidak berbuah.

Semalam, dalam perjalanan ke Bangi, saya singgah di hentian rehat Serdang. Ada gerai buah-buahan di situ. Saya lihat buah kegemaran saya. Ciku tempatan. Saya suka! RM10 sekilo. Di kira-kira, ada 14 biji untuk 1 kilo. Wah! Sebiji ciku kini berharga 70sen!

Balik dari Bangi, jalan sesak. Ada kemalangan maut. Sebuah lori kecil terbalik, sebuah kereta dan sebuah motorsikal.  Di tengah-tengah lebuhraya, ada sekujur tubuh di tutupi dengan suratkabar. Saya jangka ia adalah penunggang motorsikal. Meninggal. Dan saya terbayang roh mayat tersebut memerhati dari langit jasadnya yang sudah terbujur kaku, tidak dapat berbuat apa-apa.

Malam itu, ketika mengupas buah sawo, pikiran saya terus melayang kenangan silam. Terbayang jelas di mata keceriaan kami di dalam kebun arwah nenek. Melompat-lompat memetik buah ciku. Ciku dikumpul penuh beraga-raga.
Kini saya kena keluarkan 70sen untuk sebiji ciku. Terfikir mungkin ada yang tidak mampu membelinya kerana ada keperluan  lain yang lebih utama. Terbayang juga penunggang motorsikal tadi yang telah menjadi arwah. Dan saya di sini masih di beri peluang oleh Allah menikmati lazatnya buah ciku berharga 70sen sebiji ini.

Perasaan bercampur-campur - Nostalgik, sedih dan syukur……… Kerana ciku, saya menangis.


Friday, April 17, 2015

Infused Water cara Nabi s.a.w

Biasanya saya akan rendam sebiji atau 3 biji tamar.
Ambil sunnah witir (bilangan ganjil)

Dalam post yang lepas, saya ada sebut nak tulis tentang ‘infused water’ cara Nabi saw. Selang beberapa lama, seorang kawan menghantar email berikut.
Kontentnya lebih kurang sama dengan apa yang ada dalam kepala saya (biasa la….great mind think alike…hehehe).

Memandangkan isi lebihkurang sama, maka saya copy-paste sahaja lah. (Jimat masa ku)

Semoga penulis air nabeez ini halalkan saya sebarkan tulisan beliau dalam blog saya.

**************************************************************************************************************


air nabeez. minuman sunnah nabi**

Apa tu air nabeez?
Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins).  Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginyer.

Sumber mengatakan: air nabeez nie kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yg dah lembik tu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez nie dikatakan sebagai sunnah nabi.

Talk about infused water. Org barat baru sekarang paham dan baru nak popularkan kaedah infuse water nie. Nabi kita dah buat lamaaaaa dah.

Khasiat air nabeez
Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox.

Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.

Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.

Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout.


Cara membuat air nabeez
Rendam beberapa butir kurma (seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.

Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalo takde kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.

Air nabeez tu boleh diminum begitu sahaja / boleh dikisar sebelum diminum.

Kalau nak buat air nabeez menggunakan kismis, pun boleh jugak. Caranyer ambil segenggam kismis dan direndam dalam air jugak. Dibiarkan semalaman jugak. 

Kalau nak minum air nabeez pagi, siapkan petang / malam.  Kalau nak minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma / kismis di waktu pagi.

Pantang larang dalam membuat air nabeez
Gambar ihsan Fieza.
Home made infused water 
Hanya gunakan salah satu daripada buah2an pada satu2 masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer ~ kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis.

Air nabeez nie kalo disimpan di dalam peti ais ~ boleh tahan 1 ~ 2 hari.

Tapi dilarang meminum air rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma  / kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula & air rendaman kismis / kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram diminum.

Oleh itu, adalah lebih baik air nabeez nie dibuat fresh daily.

Air nabeez nie nanti boleh diubahsuai & ditambah dengan susu / yogurt untuk dijadikan smoothie jugak.


Tapi kalo buat dengan air susu, kena letak dalam peti ais ~ takut susu rosak dibiarkan semalaman di luar. Atau rendam sikit kurma tu dalam air masak. Esok nk minum ~ baru tambah susu & goncang2 sikit bagi "mesra".


*************************************************************************

Link berikut di cadangkan oleh Fieza.
Untuk rujukan tentang infused water yang lain 
http://hasyanaurah.com/2015/02/air-detox-infused-water.html

Jazakillah Fieza......Love u......mmmmuahhs!