Aku bersaksi bahawa....
Tiada Tuhan yang di sembah, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang lebih pemurah, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang lebih penyayang, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang lebih Agung, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang memberi rezeki, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang lebih berkuasa, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang Maha Kaya, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang bisa mencipta, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang Maha Mengetahui segala sesuatu, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang Maha Mendengar, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang Maha teliti. selain dari Allah
Tiada Tuhan yang Maha Menjaga, selain dari Alla
Tiada Tuhan yang amat menerima taubat, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang lebih pemaaf, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang Maha Agung, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang Maha Pembenggis, selain dari Allah (jauhilah kami dari sifat bengisMu, Ya Allah)
Tiada Tuhan yang lebih pendendam, selain dari Allah (jauhi lah kami dari dendamMu, Ya Allah)
Tiada Tuhan yang amat besar kurnianya, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang bisa melapangkan dan menyempitkan hidup, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang bisa menghidup dan mematikan, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang bisa mencukupkan, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang mampu menyelamatkan di dunia, di alam kubur, di akhirat, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang lebih lembut, selain dari Allah
Tiada Tuhan yang boleh memberi petunjuk, selain dari Allah
Tiada yang boleh mencipta apapun, selain dari Allah
Tiada Penyelamat yang lebih hebat, selain dari Allah
Tiada yang bisa memberi keamanan, selain dari Allah
Tiada yang bisa memberi kekayaan, selain dari Allah
Tiada yang lebih tahu di dalam hatiku, selain dari Allah
Tiada yang lebih 'understanding', selain dari Allah
Tiada yang lebih perkasa, selain dari Allah
Tiada yang lebih kuat cintanya, selain dari Allah
Tiada yang lebih lemah lembut, selain dari Allah
Tiada yang lebih penyantun, selain dari Allah
Tiada yang lebih sempurna perancangannya, selain dari Allah
Tiada yang lebih kuat cemburunya, selain dari Allah
Tiada yang lebih sabar, selain dari Allah
Tiada yang lebih indah, selain sari Allah
Tiada yang maha adil, selain dari Allah
Tiada yang lebih bijaksana, selain dari Allah
Tiada yang kekal, selain dari Allah
Tiada segala-galanya yang lebih sempurna, selain dari Allah
Pemilik nama-nama yang agung
Terima lah persaksianku Ya Allah
Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah daku ke dalam golongan orang-orang yg saleh, dan jadikanlah daku buah tutur yg baik bagi org-org yg datang kemudian, dan jadikanlah daku org yg mempusakai syurga yg penuh keni'matan.... asy-syu'araa:83-85
AL-KAABAH AL MUSHARRAF
Thursday, October 29, 2015
Monday, September 14, 2015
PERKAHWINAN 2 ILMU - BACALAH DENGAN SENYUM
ILMU 1
Saya mengikuti
kelas mengaji yang di kendalikan oleh Ustazah Aminah. Jangan sombong bila
bercakap tentang ilmu Al-Quran. Kalau pun rasa sudah pandai, bila masuk kelas,
pasti ada lagi yang silap, pasti ada juga ilmu yang kita belum tahu.
Ilmu Allah itu
seluas lautan. Tidak sesekali kita mampu menguasainya walaupun sekadar setitik
air.
Baik.
Berbalik kepada
kelas al-Quran bersama Ustazah Aminah….
Saya baru tahu
apabila kita membaca al-Quran, 90% bacaannya mesti dalam keadaan mulut kita
‘tersenyum’. Baca dalam keadaan senyum?
Jenuh saya ’praktis’ baca dalam keadaan senyum. Hilang tumpuan. Hilang
penghayatan sebab terlalu berhati-hati hendak memastikan mulut saya dalam keadaan senyum bila membaca ayat-ayat Allah itu.
Saya cuba membaca al-fatihah
dengan keadaan senyum.
Belum mahir.
Solat saya menjadi terawang-awang…
Saya
tidak boleh faham…kenapa perlu membaca al-Quran dengan tersenyum
ILMU 2
Satu hari ke pejabat. Seperti biasa, sambil memandu,
saya mendengar saluran radio yang paling saya minati – radio ikim. Slot
Ustazah Norhafizah Musa. Dah lupa apa tajuknya. Yang saya ingat Ustazah
bercerita tentang puji-pujian. Bila
memuji….bukan orang yang kena puji saja rasa ‘best’ tetapi orang yang memuji
juga pasti merasa ‘best’. Ustazah kata….cuba kita puji seseorang…apa kita rasa
ketikamana kita memberi pujian?Bagaimana mimik muka kita ketika memberi pujian?
Pastinya ketika memuji, kita memuji siap
dengan mimik mukanya..penuh senyum…bersungguh-sungguh…dan hati pula berbunga-bunga. Bukan dengan wajah
‘kelat’ dan hati ‘dingin-hambar’. Betul kan?
Begitu lah sepatutnya kita rasa
apabila kita memanjatkan pujian –tasbih kepada Allah Yang Maha Besar, Yang Maha
layak menerima pujian. Jiwa kita patut merasa lebih bahagia. Hati kita
sepatutnya menjadi lebih berbunga-bunga. Pujian kepada Allah sepatutnya memberi kesan yang
lebih hebat dari apa yang kita rasa apabila memuji sesama makhluk.
PERKAHWINAN ILMU - BACA LAH DENGAN SENYUM
Dengan ilmu yang saya dapat dari Ustazah Norhafizah, saya cuba kaitkan pula dengan
ilmu yang saya dapat dari Ustazah Aminah. Yang selama ini saya tertanya-tanya,
apa signifikannya membaca al-Quran dengan cara ‘senyum’.
Tidakkah al-Quran itu penuh dengan puji-pujian
kepada Allah? Kembali kepada prinsip asas…memuji bukan sahaja boleh
membahagiakan yang di puji, tetapi
sepatutnya memberi kebahagiaan kepada yang memuji. Bagaimanakah hati
saya tatkala membaca al-Quran? Bahagia kah? Berbunga-bunga kah? Bagaimana pula
mimik muka saya? Benar-benar bersungguh kah? Bersungguh-sungguh ikhlas memuji?
Sekali lagi. Saya
suba praktis. Di dalam solat saya. Membaca al-fatihah. Membaca dengan tersenyum. Sungguh-sungguh tersenyum sambil memuji. Sungguh-sungguh memuji sehingga masuk ke
hati.
Dengan nama Allah
Yang Maha Pemurah. Yang Maha Penyayang
Tuhan sekelian alam.
Allah Yang Maha
Pemurah.
Allah Yang Maha
Penyayang.
Allah Pemilik
semesta alam.
Hanya kepada Engkau aku sembah
Hanya kepada Engkau aku minta tolong
Dan kali ini…..saya
mendapat jawapannya….kenapa kita perlu membaca al-Quran dengan tersenyum.
Cubalah….mulakan
dengan al-fatihah.
Dalam solat anda.
Baca dengan senyum.
Puji Allah dengan
sungguh-sungguh.
Lafazkan pujian
itu.
Rasakan dalam hati.
Jadikan pujian anda
se ikhlasnya.
Anda akan rasa
sebagaimana yang saya rasa. Hanya yang
alaminya akan tahu..…
### saya hargai
kiranya anda boleh memberi maklumbalas kepada saya setelah anda cuba latihan
membaca sambil senyum di atas
Sunday, April 26, 2015
Kerana ciku, saya menagis
Dah tinggal sebijik, baru teringat nak ambik gambar. Hihihi.. |
Ciku adalah buah kegemaran
saya. Dalam bahasa Kelantan, ciku di panggil buah sawo nilo. Entah bagaimana napat nama 'sawo nilo' tu, tidak lah saya tahu.
Saya masih ingat,
di belakang rumah arwah nenek saya ada 3 batang pokok ciku. Pokok nya rendang,
buahnya lebat. Tak putus-putus berbuah. Dan saya, emak, sepupu-sepupu saya akan
berlegar-legar di dalam kebun nenek memetik buah sawo yang masih putik. Buah
sawo itu kami peram sehingga masak. Rasanya manis amat. Dan saya dapat menikmati buahnya sampai ‘muntah’ (untuk
menggambarkan mewahnya kami dengan buah sawo dari 3 pokok itu) Subhanallah wal
hamdulillah~
Dewasa, kami
mula berjauhan. Saya sambung belajar, bekerja dan berumahtangga. Pokok sawo itu jadi makin terpinggir. Buahnya makin kurang dan makin tinggi untuk di capai. Sehinggalah
sekarang, saya langsung tidak menjenguk pokok sawo itu apabila balik kampung.
Kata emak, pokoknya masih ada, tapi sudah tidak berbuah.
Semalam, dalam perjalanan ke
Bangi, saya singgah di hentian rehat Serdang. Ada gerai buah-buahan di situ. Saya
lihat buah kegemaran saya. Ciku tempatan. Saya suka! RM10 sekilo. Di kira-kira,
ada 14 biji untuk 1 kilo. Wah! Sebiji ciku kini berharga 70sen!
Balik dari Bangi, jalan sesak.
Ada kemalangan maut. Sebuah lori kecil
terbalik, sebuah kereta dan sebuah motorsikal. Di tengah-tengah lebuhraya, ada sekujur tubuh di tutupi dengan suratkabar. Saya jangka ia
adalah penunggang motorsikal. Meninggal. Dan saya terbayang roh mayat tersebut memerhati
dari langit jasadnya yang sudah terbujur kaku, tidak dapat berbuat apa-apa.
Malam itu, ketika mengupas
buah sawo, pikiran saya terus melayang kenangan silam. Terbayang jelas di mata
keceriaan kami di dalam kebun arwah nenek. Melompat-lompat memetik buah ciku. Ciku
dikumpul penuh beraga-raga.
Kini saya kena keluarkan 70sen
untuk sebiji ciku. Terfikir mungkin ada yang tidak mampu membelinya kerana ada
keperluan lain yang lebih utama. Terbayang
juga penunggang motorsikal tadi yang telah menjadi arwah. Dan saya di sini masih
di beri peluang oleh Allah menikmati lazatnya buah ciku berharga 70sen sebiji ini.
Perasaan bercampur-campur -
Nostalgik, sedih dan syukur……… Kerana ciku, saya menangis.
Friday, April 17, 2015
Infused Water cara Nabi s.a.w
Biasanya saya akan rendam sebiji atau 3 biji tamar. Ambil sunnah witir (bilangan ganjil) |
Dalam post yang lepas, saya
ada sebut nak tulis tentang ‘infused water’ cara Nabi saw. Selang beberapa
lama, seorang kawan menghantar email berikut.
Kontentnya lebih kurang sama
dengan apa yang ada dalam kepala saya (biasa la….great mind think alike…hehehe).
Memandangkan isi lebihkurang
sama, maka saya copy-paste sahaja lah. (Jimat masa ku)
Semoga penulis air nabeez ini
halalkan saya sebarkan tulisan beliau dalam blog saya.
**************************************************************************************************************
air nabeez. minuman sunnah
nabi**
Apa tu air nabeez?
Air nabeez adalah air rendaman
(infused water) kurma / kismis (raisins).
Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang
bertutup) dan diminum keesokkan paginyer.
Sumber mengatakan: air nabeez
nie kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis
(salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air
rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yg dah
lembik tu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez nie dikatakan sebagai sunnah
nabi.
Talk about infused water. Org
barat baru sekarang paham dan baru nak popularkan kaedah infuse water nie. Nabi
kita dah buat lamaaaaa dah.
Khasiat air nabeez
Air nabeez nie adalah minuman
berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan
badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam
ertikata lain ~ sebagai detox.
Disebabkan air nabeez nie
tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik &
meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Sangat bagus untuk memulihkan
lemah tenaga batin.
Juga bagus untuk pesakit
Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan
urik asid di kalangan pesakit Gout.
Cara membuat air nabeez
Rendam beberapa butir kurma
(seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas.
Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu
bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole
diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.
Kurma yang elok digunakan
adalah kurma ajwa. Tapi kalo takde kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.
Air nabeez tu boleh diminum
begitu sahaja / boleh dikisar sebelum diminum.
Kalau nak buat air nabeez
menggunakan kismis, pun boleh jugak. Caranyer ambil segenggam kismis dan
direndam dalam air jugak. Dibiarkan semalaman jugak.
Kalau nak minum air nabeez
pagi, siapkan petang / malam. Kalau nak
minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma / kismis di waktu pagi.
Pantang larang dalam membuat
air nabeez
Gambar ihsan Fieza. Home made infused water |
Hanya gunakan salah satu
daripada buah2an pada satu2 masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk
membuat air nabeez. Maksudnyer ~ kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau
nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis.
Air nabeez nie kalo disimpan
di dalam peti ais ~ boleh tahan 1 ~ 2 hari.
Tapi dilarang meminum air
rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air
rendaman kurma / kismis yang dibiarkan
melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula & air
rendaman kismis / kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram
diminum.
Oleh itu, adalah lebih baik
air nabeez nie dibuat fresh daily.
Air nabeez nie nanti boleh
diubahsuai & ditambah dengan susu / yogurt untuk dijadikan smoothie jugak.
Tapi kalo buat dengan air
susu, kena letak dalam peti ais ~ takut susu rosak dibiarkan semalaman di luar.
Atau rendam sikit kurma tu dalam air masak. Esok nk minum ~ baru tambah susu
& goncang2 sikit bagi "mesra".
*************************************************************************
Link berikut di cadangkan oleh Fieza.
Untuk rujukan tentang infused water yang lain
http://hasyanaurah.com/2015/02/air-detox-infused-water.html
Jazakillah Fieza......Love u......mmmmuahhs!
Subscribe to:
Posts (Atom)