Assalamualaikum wmh wbth
Dah lama tidak ber blog. Bukan
sebab sibuk, tapi sebab yang tidak layak di sebut di sini. Buat malu kompeni je nanti. Hihihi…. Sedang
memotivasikan diri untuk regular menulis semula, insya Allah
Terjumpa contengan nota pada
sekeping kertas. Ini mesti contengan masa
saya hadir kuliah atau mungkin contengan masa saya dengar slot di radio ikim. Tak pasti siapa
penceramahnya. Hendak di buang terus terasa berdosa kerana contengan itu
andalah contengan ilmu. Sekiranya ilmu tersebut di amalkan, hasilnya……pasti
tiada boleh di letakk nilai. Terlalu amazing! Jadi baik saya catatkan dulu di alam maya ini sebelum kertas ini saya masuk bakulkan.
Bagaimana ingin dapatkan
rumahtangga yang bahagia:
1. Pikat hati Empunya Hati –
Baca Quran!
Hati manusia ini dalam
genggaman Allah. Milik Allah. Mesti pikat ‘hati’ tuan punya hati dahulu.
Bagaimana? Baca Quran. Quran
adalah surat cintaNya. Surat cintaNya jarang kit abaca, jadi wajar kita ‘claim’
kita cinta padaNya?
2. Nilaikan kembali apa yang
kita hendak dalam kehidupan berumahtangga
Kita tahu apa yang kita mahu.
Adakah itu untuk mendapat cinta Allah, atau untuk kepentingan sendiri? Re-brand semula
niat kita kalau sudah tersasar
3. Redha menerima apa yang
Allah takdirkan.
“Allah memberi kepada kita pada saat yang kita
perlu, bukan yang kita mahu – its always right timing!”
Yang penting, berhusnul dzan
dengan Allah. Syukur apa yang kita ada dan jangan dengki apa yang orang ada.
4. Apabila berkumpul 2 sifat
ini, maka WAJIB rasa bahagia.
Apakah 2 sifat tersebut? Ia
adalah SABAR dan SYUKUR
Tak lengkap bahagia tanpa
sabar dan syukur. Hadis Nabi saw yang popular menyebut keindahan seorang mukmin
iaitu apabila diberi ujian dia sabar, apabila di beri ni’mat dia syukur. Biasa
dengar hadis tersebut kan?
5. Jadikan rumah yang menadah
rezeki
Petrol naik. Harga rumah naik. Harga barangan naik. Ada rumahtangga jadi kucar kacir sebab tak cukup wang. Benar, wang bukan segala-galanya, tapi nak hidup ni, segala-galanya memerlukan wang. Jangan biarkan masalah kewangan mengganggu rumahtangga kita. Mohon pada Pemberi Rezeki yang Maha Kaya!
Selepas solat subuh, baca
zikir.
Amalkan juga ayat-ayat
berikut;
(pada mulanya saya ingat nak
tulis saja ayat dan surah yang di sarankan, biar anda rujuk sendiri. Tapi bila pikir
lagi sekali, saya rasa baik saya turunkan terus ayat-ayat tersebut untuk
memudahkan rujukan anda. Ya lah….bukan semua orang rajin buka dan ‘search’
ayat-ayat quran macam saya kannn?)
Al-zariat: 58
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
Al-Qasas: 21
Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".
**Tak perlu baca keseluruh ayat, tapi ulang-ulang doa Nabi Musa tu. Baca 70 kali
Al-syura: 19
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.