Pagi-pagi ini wasap saya di masuki dengan berita perginya seorang hamba
Allah yang di beri nama Sdra Azman Muda. Beliau meninggal di bilik hotelnya di
Cameron Highland. Beliau ke sana atas urusan tugas. Saya tidaklah mengenali
Sdra Azman (al-marhum) ini. Tetapi melihatkan mesej yang sama memaklumkan
berkenaan ‘pemergian’ beliau yang saya terima dari grup wasap yang berbeza,
saya menjangkakan al-marhum adalah seorang yang sangat soleh, di cintai Allah.
Teman sekamar arwah di Cameron Highland memaklumkan arwah sedang
solat sunat dan bersiap hendak ke masjid untuk solat subuh. Al-marhum meninggal
dalam keadaan sujud. Subhanallah wa Tabakarakallah. Saat kematian manakan yang
lebih kita dambakan selain dari saat kematiaan yang begini indah? Ya Allah,
ambillah nyawaku di saat Engkau paling redha padaku. Jadikanlah saat mati ku
ini saat paling indah untukku. Doa yang saya baru pelajari dari Ustazah
Norhafizah Musa.
Baru semalam saya berbicara dengan Che Pah. Kisah kematian hebat
anak muda bernama Ahmad Ammar. Dan pagi
ini pula, di kejutkan dengan satu lagi kematian hebat. Sesungguhnya mati itu
dekat, hanya kita sahaja yang berperangai seolah-olah kita yakin esok kita masih
hidup. Kita tidak tahu bila kita akan mati, tetapi kita boleh menentukan
keadaan mati bagaimana yang kita mahu. Biasakan berkata-kata yang baik.
Biasakan berbuat baik. Biasakan menulis yang baik-baik. Semoga akhir kita disudahi
dengan perkataan, perbuatan, tulisan yang baik-baik.
Antara catatan akhir al-marhum di wasap grup di- iringi doa para sahabat |
Sebahagian keindahan syurga sebagaimana di dalam surah Al-Rahman
dan al-Waqiah
Bagi orang yang takut akan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, dalam dua syurga tersebut ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan.
Di dalam dua Syurga itu terdapat berbagai jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa) kita lihat dan rasa
Dan para penghuni syurga bersenang-senangan
di tempat masing-masing dalam Syurga. Mereka
bersenang-senang dengan berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan
sebelah dalamnya diperbuat dari sutera tebal yang bersulam; dan terjuntai pada perbaringan mereka buah-buahan kedua-dua Syurga itu dan dekat
kepada mereka untuk dipetik.
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata, tak jemu di pandang), dan bidadari ini yang sentiasa dara, tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata
delima dan marjan sebaya sahaja umurnya. Tak tua-tua.
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman penghibur) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
Seperti syurga di atas, di syurga ini juga, Bidadari-bidadari itu
tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
Mereka duduk di dalam Syurga itu di atas takhta-takhta kebesaran yang
bertatahkan permata;
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam
keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
Anak-anak muda lelaki ini berlegar-legar sibuk melayan dan menjamu para ahli syurga dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
Air arak yang di ambil terus dari sungai arak yang mengalir tidak menjadikan mereka merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
Ahli syurga di hidangkan pula dengan buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. Terlintas
sahaja, terus terhidang!
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
Di dalam syurga itu, tidak ada perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; Semua perkataan hanyalah perkataan yang indah-indah sahaja. Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).
Para ahli syurga juga bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
Dan naungan yang tetap terbentang,
Dan air yang sentiasa mengalir,
Serta buah-buahan yang banyak, yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.