Kami masuk Mekkah dengan berihram. Tempat miqat di Bir Ali setengah jam dari Madinah. Ustaz Razak sebagai ketua mutawwif tidak jemu-jemu mengingatkan para
jemaah untuk membanyakkan memuji Allah, bertalbiah diselangselikan dengan
selawat keatas Baginda Nabi s.a.w.
Hotel kami Diyafat Mubarak lebihkurang
750meter dari Masjidil Haram. Tidak seperti Hotel di Madinah yang baru, Hotel ini
sudah tua. Tapi ok ok je lah. Tak mahu komplen banyak. Bak kata abang ipar
saya, “syukur syukur!”.
Saya mahu catatkan sedikit info
tentang kaabah. 10,000 tahun sebelum kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim, para
malaikan sudah pun mengelilingi ‘kaabah’ tersebut. Para malaikat membuat 7 kali
pusingan tawaf serta memuji Allah dengan zikir “Subhanallah Walhamdulillah wa
la ilaha illahu wallahu akbar”.
Antara rukun Yamani dan Hajarul
Aswad terdapat 2 malaikat yang kerjanya hanya mengaminkan doa orang yang
bertawaf. Ya! Malaikat yang tugasnya hanya sebut “Amin Amin Perkenankan doanya
ya Allah”, Sebab itu masa tawaf, jangan pulak kita sibuk nak jawab telipon atau
sibuk sembang2.
Sekumpulan jamaah dari Turki masuk untuk tawaf |
Saya suka grup jemaah dari Turki dan
Indonesia. Biasanya mereka bertawaf dalam kumpulan. Ada leader yang baca doa,
diikuti dengan para jemaah. Bila dengar grup jemaah Turki tu, Wah! Hebat sungguh
rasanya. Walaupun jemaah mereka kebanyakannya dah berumur, tapi bila dengar
mereka baca doa tu, rasa naik bulu roma. Suara orang lelaki mereka ‘very manly’.
Hehehe…
Lain pula dengan grup jemaah
Indonesia. Orang Asia katakan~. Jadi bila baca doa tu, dah lah doa dibaca
dengan berlagu, suara mereka pun sangat kecil dan lunak. J
Hari ke dua di Mekah kami dibawa
ziarah. Kali ini kami dipimpin oleh Ustaz Fahmi sebab Ustaz Razak kena balik
Medan renew visa. Ustaz Fahmi tak kurang hebatnya dengan Ustaz Razak. Kalau
Ustaz Razak comel, tegas tapi kelakar, Ustaz Fahmi pula seorang yang lembut dan
‘cool’.
Kami dibawa menyusul Jabal Thur dan
Jabal Nur. Dua bukit yang sering diingati. Jabal Thur ialah Bukit dimana Nabi
berlindung bersama Saidina Abu Bakar ketika hijrah. Saidina Abu Bakar di sengat
kakinya kerana menutup lobang yang ada di gua tempat persembunyian. Burung
merpati dan labah2. Juga peranan Asma’ yang ketika itu hamil 8 bulan, menyamar
dan menghantar makanan untuk Nabi dan ayahandanya adalah kisah2 pengorbanan orang2
terdahulu.
Jabal Nur adalah bukit di mana
terletaknya Gua Hira’. Melihat Jabal Nur yang tinggi, saya membayangkan keadaan
Baginda Nabi s.a.w beruzlah di sana. Duduk di dalam gua, menghadap kaabah. Juga
saya bayangkan kegigihan Sayyidatina Khadijah berulang alik menghantar bekal
kepada Baginda. Masa itu, tak ada tangga seperti sekarang. Khadijah dan Baginda
al-Rasul mendaki bukit dengan susah. Bukit berbatu-batu, curam dan di tengah
panas. Saya bayangkan keadaan Nabi menuruni cerun dengan perasaan gemuruh
setelah didatangi Jibril.
Jabal Thur dan Jabal Nur adalah dua
bukit syurga di dunia. Apa bukit syurga satu lagi? Sila teruskan membaca.
Selepas menyusur Jabal Thur dan
Jabal Nur, kami di bawa ke Arafah. Ramai orang teruja ke Arafah nak panjat
Jabal Rahmah untuk berdoa. Minta cepat jodoh! Tapi mengikut Ustaz Fahmi, tempat
mustajab berdoa di Arafah bukannya di Jabal Rahmah tapi di tempat di mana
Baginda s.a.w duduk berwukuf dan tempat di mana Baginda s.a.w menyampaikan
khutbah. Kami dibawa ke tempat tersebut. Tempat Nabi duduk berwukuf telah
dijadikan tempat parking oleh pemerintah. Ustaz juga menunjukkan kepada kami
batu tempat Nabi berdiri menyampaikan khutbah terakhir Baginda. Di kawasan
berhampiran, terdapat banyak batu-batu yang di pasangkan tongkat. Mengikut kata
Ustaz Fahmi, ketika Baginda s.a.w menyeru para sahabat untuk datang dengar
khutbah Baginda, batu-batu yang ada di sekitar Arafah juga turut bergerak untuk
ikut mendengar apa yang Nabi hendak sampaikan, sehinggalah Nabi s.a.w menyuruh
batu-batu tersebut berhenti
kerana takut batu2
menimpa sahabat. Jadi keadaan
batu itu berhenti sertamerta ketika Nabi menyuruh berhenti. Untuk mengelakkan
orang menjadikan batu-batu itu sebagai tempat khurafat, pihak kerajaan telah
menyendal batu-batu tersebut dengan tongkat supaya tak Nampak pelik. Walhal,
kalau tak ada tongkat pun batu2 tersebut akan tetap tak bergerak tak akan
bergolek.
Perhatikan batu2 tersebut seolah2 terarah ketempat Nabi s.a.w berkhutbah |
Seterusnya kami di bawa melihat
Mina. Juga melihat Hotel 7Bintang yang hanya digunakan setahun sekali serta
bangunan melontar yang sudah canggih. Dalam perjalanan, kami ditunjukkan tempat
di mana Nabi Ibrahim diperintahkan untuk menyembelih Nabi Ismail.
Tempat
tersebut ada didirikan sebuah tugu kecil.
Dalam bas, para jemaah
sudah ada yang kepenatan dan ada yang tertidur walaupun Ustaz Fahmi begitu
tekun bercerita dan memberi tazkirah. Kata Ustaz, masa Nabi Musa bacakan kitab
Taurat pun, ramai pengikut Nabi Musa yang tidur semasa pengajian. Nabi Musa
lantas mengadu kepada Allah. Allah suruh bagitau “siapa yang tidur masa
pengajian, akan pendek umurnya”. Betul ke cerita ni Ustaz???
Istana yg didirikan atas Jabal Qubais - pandangan dari Masjidil Haram |
Catatan Mekkah - bersambung