AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Tuesday, April 26, 2011

Kelantan Serambi Mekah

Lama sudah saya tidak balik ke kampong menaiki bas. Kesempatan suami outstation, tiba-tiba saya terasa nak balik kampong. Hari ini hari Selasa, lewat asar, saya drive dan park kereta saya di Hentian Putra. Sangat mudah. Tak perlu kelamkabut menunggu teksi.

Saya mencari tiket. Kebanyakan tiket yang tinggal tiket bas dua tingkat. Saya tak mahu bas dua tingkat, gayat. Alhamdulillah bas BUDAYA masih ada tiket untuk bas setingkat dan tempat duduk single.

Bas bertolak tepat jam 1030mlm. Saya sempat berkenalan dengan pemandu bas. Seorang pakcik hujung usia, berkopiah jernih wajahnya. Banyak tempat kosong. Saya ambil kesempatan duduk tempat double. Bas meluncur lancar sesekali saya tersedar membetul duduk. Jam 6pagi, bas berhenti. Pemandu buat pengumuman berhenti untuk solat subuh. Mamai mamai, saya bertanya lagi “ Semaye subuh ke Haji?” “Ya la. Kalu dok lewat pulok”. Alhamdulillah….sangat gumbira pakcik berenti untuk solat. Ada ketika semasa saya naik bas, saya mesti minta pemandu untuk berhenti solat!

Masjid kami berhenti biasa-biasa sahaja. Masjid kampung. Tidak ada yang mewah didalamnya. Doa qunut dibaca syahdu. Selain doa qunut yang biasa, Imam menambah permohonan-permohonan lain. Berbekal sedikit pengetahuan Bahasa Arab, saya mengira imam turut mendoakan kepada para ulama, juga doa agar pemerintah tidak terus mencuri hak dan harta rakyat, juga doa agar Allah memelihara kita, anak-anak dari fitnah dan dugaan dunia. Selesai solat, saya bersegera ke bas. Sempat mengerling papantanda masjid. Rupanya kami sudah di Wakaf Che Yeh, lagi 10min untuk tiba ke KB. Terimakasih Pak Haji kerana tidak melewatkan solat!

Sampai distesen bas langit sudah mulai cerah. Indah sungguh! Hati rasa bahagia menikmati indah pagi tanpa sesak manusia. Dan kenderaan! Bandar Kota Bharu sungguh lengang w/pun jam sudah menunjukkan hampir 7pagi. Sangat berbeza dengan kehidupan di kota, subuh belum tiba, sudah ada yang keluar rumah untuk masuk ke perlumbaan hidup yang tidak pernah berkesudahan.