Sedekah melanggar hukum asal Matematik Sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala dan pelipatganda rezeki.
Semasa saya di Mekah 2thn lepas, kami tinggal beberapa hari dirumah saudara suami. Namanya Tahir (bapa kepada Abd Rahman & Abd Rahim...2 charming boys..love and miss them much!). Disana kami dijamu dengan mewah sekali. Makanan dihidang umpama untuk satu keluarga w/pun hanya untuk kami berdua. Jus, susu, buahan tak putus-putus ditambah. Minuman panas sentiasa diganti. Sesekali, datang sekumpulan jemaah haji lain dijemputnya ke rumah dan dijamu lagi. Mengikut suami saya, Tahir tidak bekerja. Dia masih belajar. Tahir ada 3 keluarga yang perlu ditanggung (Tahir beristeri 3!) tapi rezekinya mewah, tak pernah putus berkat sifatnya yang suka bersedekah menjamu tetamu.
Setelah sekian lama, semalam saya ke Pusat Darah Negara. Pergi derma darah. Saya teringat semasa di universiti dulu, pertama kali terdorong untuk menderma darah setelah mendengar ceramah motivasi dari Dr Noraini. Dr kata apabila kita menderma darah, seluruh sel didalam badan akan bertindakbalas dan menjadi aktif untuk menghasilkan lebih banyak darah baru yang sehat. Apabila darah kita sehat, sel-sel badan kita menjadi sehat, apabila sel badan kita sehat, Insya Allah kita akan menjadi seorang yang sehat. Amat benarlah, sedikit kita bersedekah Allah akan gantikan lebih banyak dengan yang lebih baik. Ayuh! Jom kita ber'sedekah' darah.