AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Tuesday, November 11, 2014

FINALE Musafir ber misikan tabligh

At last! Dah sampai ke penghujung penulisan…Fuhhh!!! Penat!
Apasal menulis rasa lagi penat dari melancong nih???

Dari rumah Ohta, kami naik train terus ke Nagoya International Airport. Perjalanan memakan masa lebihkurang 1 jam. 20 tahun dahulu lapangan terbang ni rasa macam airport kat kampong je, tapi sekarang dah jadi macam KLIA2! Ya laa....20 tahun tu bukan masa yang singkat!

Sesampai saja ke airport, kami terus ke kaunter pos untuk mengambil bagasi yang kami kirim dari Hikone. Ada weighting scale, so ambik peluang timbang berat bag di sana. Baggage allowance kami berdua ialah 40kg. Bagasi Aishah ngam-ngam 20kg. Nasib la bagasi + bag pack  saya 15kg je so boleh lah masuk bag pack Aishah. Sampai lah hajat kami untuk jalan melenggang sekitar airport selepas check-in.  Alhamdulillah.

Kaunter pos ada di hujung sudut airport. Orang belum ramai, jadi saya bercadang nak solat je di situ. Saya tanya penjaga kaunter pos arah Utara. Terus dia kata, ada prayer room di tingkat bawah. Wah! Saya impressed! Saya x cakap pun saya nak solat, saya cuma tanya arah Utara, bukan tanya arah kiblat pun! Tapi dia tahu saya nak solat! Bermakna, mereka ini ambik cakna tentang keperluan tetamu mereka!!!

Flight kami jam 5.30ptg. Naik je pesawat, saya terus rasa nak tidur walaupun tak mengantuk. Ingat senang ke nak tidur dalam keadaan tak mengantuk? Pusing kiri, pusing kanan. Saya perasan mamat Jepun sebelah saya langsung tak tidur. Dari mula, dia asyik membaca aje, walaupun sekadar komik. Ahaaa…..saya ada baki risalah agama Islam dlm bahasa jepun tu.  Saya tegur dia “Awak sangat rajin membaca. Suka membaca ya? Saya tengok awak tak henti membaca. Nah! Saya bagi risalah ni kepada awak”. Dan bermulalah perbualan saya dgn mamat Jepun yang bernama Kyo ini. Kyo hendak ke Indonesia. Buat bisnes re-cycle barang letrik dari Jepun ke pasaran Indonesia. Seronok juga berbual dgn Kyo ni. Dapat name card Kyo. Touched down di KLIA 2, Kyo ambik gambar saya bersama Aishah. Entah macamana la rupa kami….
Posing di Nagoya Airport. PEACE! Salaam Japan!
Buat rakan-rakan pembaca sekelian, terutamanya sekiranya anda hendak bermusafir ke Jepun, jangan pergi dengan sia-sia. Bawa bekal! Maksud saya bukan sekadar bekalan serunding atau mee segera, tapi bekalan risalah-risalah atau cenderahati tentang Islam. Saya bersedia memberikan salinan risalah Agama Islam dalam bahasa Jepun kepada anda. Jangan segan, hubungi saya. Hubungi saya tau! Ingat tu!!! atau kalau ada kawan atau saudara mara anda yang mahukan risalah ini, bagitahu saya. Tapi saya bagi yang fotokopi je lah ya sebab saya sendiri ada sebuah sahaja risalah original.


Akhiran, saya sudahi tulisan musafir saya dengan doa berikut:

Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad
Saya mohon agar
Allah memberkati segala usaha yang kita lakukan dan mendorongnya ke arah kebaikan
Saya mohon agar
Allah mengurniakan kepada kita kesehatan yang baik
Saya mohon agar
Allah memberikan kepada kita keikhlasan, menjauhi kita dari perasaan ujub, perasaan inginkan pujian manusia dan penyakit-penyakit hati yang lain
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad
Amin amin amin ya Robbal 'Alamin




Musafir ber misikan tabligh di Gifu

Cuaca cerah, udara nyaman, angin sejuk di Gifu
Malam terakhir saya di Negara Matahari terbit. Ohta san, makcik VOICE yang telah berpindah ke Gifu telah mempelawa kami bermalam di rumahnya.
Apartment Ohta, apartment modern. Sepelaung dari stesen keretapi.

Kesian Ohta dan ibunya menunggu kami sejak jam 5ptg tadi, Tapi kami tiba hanya pada jam 7mlm. (Ini gara-gara kami meronda-ronda di pasaraya Gifu. Aishah sempat sambar sebuah handbag di sana :-)). Gomenne Ohta san! Terpaksa tunggu lama untuk makan malam dengan kami.
Ohta berusia 68 tahun. Beliau menjaga ibunya yang berusia 89 tahun dan makcik nya yang berusia 91 tahun.

Ohta beria-ia menyambut kami. Menghidangkan kami dengan makanan ala Italy.  Sangat-sangat memuliakan tetamu, Ohta san! Ohta nampak penat. Kesian Ohta. Ada nampak tekanan pada wajah Ohta. Kerana itu, saya mengambil keputusan untuk masuk bilik tidur awal. Memandangkan Ohta boleh berbahasa Inggeris dengan baik, Aishah mahu menemani Ohta membersih pinggan mangkuk makan malam kami tadi. Lama juga Aishah bersama Ohta.

Masuk bilik tidur, Aishah mengulang kembali cerita-cerita dan perbualan beliau bersama Ohta. Jelas sekali pertanyaan2 Ohta pada Aishah banyak berkaitan tentang nasib. Tentang takdir. Tentang kebahagiaan. Tentang kesusahan manusia-manuasia di negara bergolak seperti Palestin dan Syria. Saya boleh berikan 5 Bintang buat Aishah kerana telah menjalankan misi musafir saya dengan CEMERLANG! Saya pasti Aishah telah dapat menjawab persoalan-persoalan Ohta dengan baik!

Ohta dan ibunya bangun jam 5pagi setiap hari. Kenapa? Kerana mereka hendak solat subuh. Eh…..bukan! Mereka ada routine harian – beri makan kucing liar di jalanan! Malah Ohta sekarang memelihara di rumahnya seekor kucing yang mengidap HIV (?) yang di kutipnya di jalan. Masya Allah~.  

Kami sarapan sandwitch. Masih ada masa untuk berjalan-jalan ambik gambar sambil ambik udara segar sekitar kawasan perumahan Ohta. Cuaca cerah di Gifu. Udara pula sejuk, nyaman, segar. Alhamdulillah~


Mahu meninggalkan Gifu, Ohta minta kebenaran dari Ketua Stesen Keretapi untuk hantar kami hingga ke platform. Kali ini Aishah hampir menitiskan air mata meninggalkan Ohta. Mungkin kerana Ohta banyak meluahkan kekeliruan hidup beliau kepada Aishah menyebabkan Aishah merasa sangat ‘attached’ dengan Ohta.   Kami meninggalkan Ohta dengan seribu doa. Semoga Allah memberikan makanan rohani kepada Ohta sebagaimana Ohta  yang begitu teliti dalam pengambilan makanan jasmaninya.   

Monday, November 10, 2014

Musafir ber misikan tabligh di Hikone

Cerita 1
Cuaca Hikone mendung. Hikone, kampong tempat saya belajar hampir 20 tahun yang lalu. Sudah banyak berubah. Tidak lagi ber imejkan kampong dengan rumah2 lama, tapi penuh dengan rumah2 baru dan moden. Kawase san menjemput kami di stesen dan membawa kami ke tempat Karnival. Kebetulan ada Castle Karnival (Oshiro Matsuri) bermula 31 Oct hingga 3 Nov. Di sana saya berjumpa dengan beberapa makcik2 VOICE yang pernah menyantuni saya sepanjang saya di Universiti. VOICE adalah NGO wanita yang banyak membantu para pelajar asing menyesuaikan diri dengan kehidupan di Jepun. Mereka juga mengadakan kelas bahasa Jepun secara percuma.

Rata-rata makcik VOICE yang saya jumpa kini berusia lewat 60an dan awal 70an. Tapi mereka kelihatan masih bertenaga. Ceria. Saya cuba membandingkan dengan makcik2 di Malaysia. Kalau dan umur 60/70an tu, mesti dah sakit-sakit lutut atau duduk saja di rumah tengok cucu.

Malam nanti, mereka mengadakan Jamuan Makan Malam meraikan kami. Kata Kawase, jamuan di buat di sebuah Restoren warga Thai yang berkahwin dengan lelaki Jepun. Menu malam ini semuanya ‘sea food’ base.

Saya dan Aishah berjalan kaki ke Restoren yg letaknya hanya 100 meter dari hotel tempat kami menginap. Alhamdulillah, Aishah duduk bersebelahan dengan Susumu dan Naemura yang boleh berbahasa Inggeris. Seronok nampaknya mereka melayani Aishah. Aishah juga seronok bercerita.

Setiap tetamu mendapat bag kecil yang mengandungi risalah tentang agama Islam + book mark mutiara kata Baginda saw dan key-chain.

Cerita 2
Malam ke-2 di Hikone. Emak angkat saya bagitahu malam ni kita akan makan besar di sebuah restoren ekslusive. Kami di jemput oleh mini van restoren.
Bapa angkat saya turut menjemput rakan seni beliau Momotaro san dan kenalan beliau  Natsukawa san. Natsukawa boleh berbahasa broken Inggeris. Okay la tu……Good enaf untuk membolehkan beliau berbual. Seronok Aishah melayan pakcik Natsukawa ni.
dari kiri
Otoosan : minum sake sikit dah mukanya merah macam udang kena bakar
Natsukawa san: frenly dan hensom tapi x fotogenik. Banyak soalan. Seronok betul dia citer bab kawin 4!
Momotaro san: Orang seni. Rasanya dia pun frenly dan banyak soalan sebenarnya tapi x byk bercakap mungkin sebab x berapa pandai bahasa Inggeris
Peluang berjumpa  kami orang Islam. Natsukawa bertanya bermacam-macam soalan.  Ada ketika Aishah bagi jawapan pelik2, kami berdua je yang ketawa. Nasib baik pakcik ni tak paham. Huhuhu. Topik paling hangat, tentang lelaki Islam boleh kawin 4!


Cerita 3

Beg dan tangga
Hikone mendung dan hujan. Tak jadi naik basikal keliling kampong sebab hujan. Habiskan masa dengan mengemas, sebab nanti beg akan di pos terus ke Nagoya  Airport . Makcik2 bermusafir ala back packers tapi bawa barang ala lady of leisure yang sedang berholiday! Bagasi Aishah saja dah berat 18 kilo! Tak kuasa mak nak angkat turun naik tangga wooo…

Makan tengahari kami di rumah Otsuji san. Otsuji berusia 67 tahun.  Sekiranya Otsuji itu muslim, saya pasti Otsuji telah pun melayakkan dirinya sebagai calon ahli syurga. Apa tidaknya….. Beliau menjaga suaminya yang sakit sejak 7 tahun. Penuh perhatian. Penuh kesabaran. Penuh lemah lembut. Penuh kasih sayang.


  
Musafir ber misikan tabligh di Gifu

Friday, November 7, 2014

Musafir ber misikan tabligh di Kyoto

Cerita 1
Jam 8.30 pagi, kami turun ke ruang tamu guest house tempat kami bermalam. Kelihatan tuan rumah, Terumi san bersama pelanggan beliau dari Spain sedang berbual sambil menikmati roti freshly baked oleh Terumi. Saya dan Aishah turut duduk. Agyar dari Spain akan check out pagi ini. Beliau bersama seorang rakannya akan meneruskan perjalanan ke Nagasaki, selatan Jepun. Kami yang baru tiba ini cuba mendapatkan maklumat tempat2 menarik yang telah dikunjungi oleh Agyar. Agyar seorang yang peramah. Siap bagi name kad untuk kami hubungi. Entah macamana perbualan boleh menjuru kepada topik ketuhanan. Agyar dan Terumi, mereka berdua percaya kepada kuasa Tuhan yang satu, yang mentadbir alam.

Saya mengambil kesempatan ini menghadiahkan sebuah buku berbahasa inggeris  yang saya ambil dari Pejabat Ikram kepada Agyar dan risalah Islam Agama Yang Benar (dalam bahasa Jepun) kepada Terumi. Moga mereka membaca buku tersebut.

Cerita 2
Kami merasa sangat teruja hari ini. Kami keluar 2 jam lewat dari masa yang di rancang. Plan asal, jam 7.30 keluar rumah, terus ke Kiyomizu tera dan ke Kinkaku ji dank e Arashiyama menyusuri bamboo forest dan menaiki Romantic Train untuk menikmati pemandangan hutan musim luruh. Tapi di sebabkan sudah lambat, kami dahului ke Arashiyama. Melawat tera-tera dan kuil-kuil tu bukan ajenda utama kami. Balik dari Arashiyama nanti, kalau ada masa, kami singgah.  Nasib baik lah Aishah juga tidak lah teruja sangat untuk pergi bergambar di Kinkaku-ji, temple Emas yang selalu terpapar di majalah pelancongan Jepun.

Keindahan sepanjang jalan Arashiyama dan hutan buluh (bamboo forest) memang tidak terucap oleh kata-kata. Keindahan pemandangan pada gambar yang di ambil, belum dapat menandingi walau 10% keindahan sebenar. Terlintas di kepala, bagaimana kah keindahan di syurga yang Rasulullah saw nyatakan tak terbayang dek mata, tak terdengar dek telinga, tak terlintas dek fikiran….

Kami menaiki Romantic Train (dikenali sebagai  Torokko Densha) dan turun pada perhentian ketiga.
Solat di stesen keretapi Romantic Train
Wah! Ada wifi! Apa lagi! Terleka seketika meng-up date telegram dan wasap. Tetiba, baru teringat untuk manfaatkan stesen keretapi yang kosong untuk buat solat jamak taqdim. Tetapi kami terlambat sebab penumpang keretapi sudah mulai masuk untuk keretapi seterusnya. Terpaksalah kami menunggu lebih kurang setengah jam untuk stesen kosong semula supaya kami dapat solat dengan selesa. Bila sudah berkeadaan begini, baru rasa bertuahnya duduk di Malaysia. Surau ada di mana-mana. Kalau tak, rasa macam…..bestnya kalau duduk di Jepun *tarik nafas panjang , dua tangan di pipi, sambil mata ke atas dan badan melentuk**

Cerita 3
Malam, kami turun keruang tamu. Ada 3 gadis dari Malaysia yang baru check-in ke guest house petang tadi. Seronoknya dapat berbual dalam bahasa melayu. Aishah apa lagi, bersembang sakan dia dengan adik-adik ini. Siap interview mereka lagi. Kelakarnya, mereka terlepas flight kerana leka minum-minum di klia 2 yang indah. Sampai airport awal, tapi tak check in. Akibatnya flight terlepas, dan terbang  lagi RM700+ untuk bayar tiket flight yang baru. Terumi seperti biasa meluangkan masa beliau bersama tetamu.  Seronok betul Terumi dapat belajar Bahasa. Terumi mempunyai kebolehan cepat ‘pick-up’ apa sahaja bahasa yang di pelajarinya. Beliau boleh berbicara dengan fasih bahasa Mandarin.  Malam ini saja banyak ayat dalam bahasa Malaysia yang Terumi dapat pelajari. Apa taknya, cikgu bahasa ada 5 orang!

Penat bercerita tentang bahasa, tiba2 Terumi bertanya….”Saya dah baca buku yang anda bagi pagi tadi, saya ada pertanyaan….”. Bermula dengan satu pertanyaan, diikuti dengan pertanyaan2 lain oleh Terumi. Sesungguhnya saya amat tidak menduga Terumi akan membuka cerita tentang agama pada malam ini.
Bila dah masuk bab agama, adik-adik muda ni bagi can kakak tua handle.  Lagi pun malam sudah agak lewat. Mereka perlu masuk tidur untuk keluar awal esok pagi. Aishah mengadu sakit belakang sebab pikul beg berat. Terumi menawarkan untuk menyediakan ofuro (Japanese bath) untuk Aishah. Katanya dengan berendam dalam air panas, dapat melegakan sendi-sendi yang kejang.  Siap dengan aromaterapi  lagi tuh! Wah! Jelez i..!
Sementara Aishah berendam, saya bersama dengan Terumi. Cuba meyakinkan beliau tentang kerasulan Nabi Muhammad saw dan mukjizat al-quran. Sebelum saya naik tidur, sempat bertanya Terumi apa pandangan beliau tentang kerasulan Nabi Muhammad saw? Kalau siang tadi beliau berkata, “Saya hanya percayakan Tuhan yang satu. Tapi tidak percayakan kepada manusia sebagai utusan”. Malam ini beliau menjawab, saya ada separuh keyakinan. Ya Allah! Hati saya hampir luruh mendengar perkembangan ini.
Sempat berselfie dgn Terumi selepas selesai kelas bahasa dan kelas fardhu ain

Malam itu, saya menunaikan solat hajat khusus buat Terumi. Saya memohon agar Allah berikan hidayah buat Terumi. Saya mohon agar Allah tidak mensia-siakan pencarian Terumi. Saya mohon agar Allah membuka hati Terumi untuk shahadah.  Terumi seorang yang sangat baik. Hati beliau murni. Banyak perkara-perkara baik yang beliau telah buat.  Kerana banyak budaya Jepun yang  dekat dengan tuntutan Islam. Beruntung kalau Terumi memeluk Islam kerana akaun pahalanya sudah banyak. Saya ingin menumpang pahala Terumi! Mohon doakan untuk Terumi ya!!!

Cerita 4
Pagi-pagi Aishah dah mengingatkan saya…” U jangan cakap lagi tentang  agama dengan Terumi pagi ni. Cukup semalam dah cerita macam-macam. Pening dia nanti!”. “Ya laahh…”. Turun di bawah, Terumi tiada di ruang tamu. Aishah kata “Entah-entah dia nak elak dari kita”. “Emm I rasa tak! “.

Pagi ini plan nak berbasikal ke Fushimi Inari taisha. Temple yang terkenal dengan tiang-tiang merah yang cantik. Tapi plan terpaksa di batalkan kerana ada insiden orang jatuh basikal di tengah jalan. Hihihi.



Berjumpa Terumi untuk check out. Saya tidak berbicara apa-apa tentang agama pagi ini.  Hanya bicara santai. Sain borang check out sambil menghulurkan sehelai kertas tentang Nabi Muhammad saw yang saya dapat semasa ke Masjid Kobe. Rupanya Allah nak saya berikan kertas tersebut kepada Terumi yang masih sangsi tentang kerasulan.  


Gambar-gambar menarik di bamboo forest & sepanjang menaiki Torokko densha





Next...Musafir ber misikan tabligh di Hikone

Thursday, November 6, 2014

Musafir ber misikan tabligh di Osaka

Di Osaka kami tinggal di hotel.  Asalnya plan nak ke Akuarium Osaka, tapi Aishah tak minat. Katanyanya kalau bawa budak-budak okay la… Osaka castle yang femes tu pun, kami tak minat juga. So sehari di Osaka kami cuma ronda-ronda jamu mata di Namba walk.  Aishah pula, pantang nampak kedai beg dia nak masuk. Kena control sikit Aishah ni! Namba Walk adalah laluan bawah tanah dengan deretan kedai. Teringin juga untuk berjalan ikut laluan jalanraya biasa, tapi angin Osaka sejuk sangat-sangat.

Hotel kami tinggal, wifinya hanya ada di common area. Bilik tak ada wifi. Pagi lepas solat subuh, Aishah sambung tidur. Saya tak mengantuk, pergi ke common area sambil bawa matsurat.  Tengah baca matsurat, tetiba ada mamat Jepun masuk sambil bawa laptop. Saya meneruskan bacaan matsurat. Berangan mamat Jepun ni menegur saya ..”apa lagu merdu yang awak nyanyikan tu?”
Tapi angan saya tidak menjadi kenyataan. Mamat ni buat keje tak angkat muka punn. Huhuhu…


Next….. musafir ber misikan tabligh di Kyoto

Tuesday, November 4, 2014

Musafir ber misikan tabligh di Nara

Di Nara, kami tinggal di rumah kawan lama saya. Masae. Mase sudah pun berumahtangga dan mempunyai anak lelaki berumur 4 tahun.  Pertama kali berkenalan dengan suami Masae. Typikal Japanese man yang sopan. Amat berbeza dengan Masae yang ‘kuat’. Saya hadiahkan Masae ayam halal yang kami beli di Kobe siang tadi, dan kepada suami Masae, saya hadiahkan  beg kecil yang memang saya siapkan untuk di beri kepada rakan2 yang akan saya temui di Jepun. Beg kecil mengandungi risalah tentang Islam + book mark mutiara kata dari Nabi Muhammad saw + key chain Malaysia.

Suami Masae berbesar hati menerima hadiah saya ini. Masae dah biasa sangat  dengan  saya ‘bersyarah’ kepada beliau tentang Islam masa zaman kami belajar dulu-dulu. Masae dah tak heran bila tengok saya bagi risalah tersebut. 


Anak Masae kurang sehat, jadi kami kena adjust plan kami. Esoknya Aishah dan saya berdua sahaja ke Taman rusa di Nara.  Dugaan untuk menunaikan solat di negara kafir.  Puas cari sudut, saya akhirnya bersolat di sebelah escalator di pasar raya.  Terkenang masa zaman belajar dahulu, ada Japanese yang pelik tengok saya solat tengah taman. Tapi di Jepun, ramai manusia pelik, so saya tak heran kalau orang jepun tengok kita solat itu pelik.


Chisako yang sweet lagi bijak
Alhamdulillah, hari berikutnya anak Masae sudah beransur sehat. Hari ini acara masak-masak. Saya masak sup dan ayam goreng kunyit manakala Aishah masak sayur.  Masae jemput rakannya untuk ikut menjamu selera. Kata Masae, anak rakan beliau ingin berlatih bercakap bahasa Inggeris.  Rakan Masae bernama Miyako serta anak perempuan beliau Chisako yang bijak. Belum pernah bertemu dengan ‘orang asing’.
Apatah lagi ‘orang asing yang bertudung beragama Islam’.  Banyak benda di tanya oleh Miyako. Miyako cuba berbual dalam bahasa Inggeris. Chisako pula sangat alert.  Saya dapat melihat mata Chisako yang bersinar-sinar, ketika cuba memahami perbualan kami. Semoga perjumpaan malam ini membuka jalan buat Miyako dan Chisako untuk terus explore tentang Islam.


Next....musafir ber misikan tabligh di Osaka

Musafir ber misikan tabligh di Kobe

Seronok berjalan dengan Noraishah yang saya panggil Aishah. Aishah ni ajen insuran. Saya asalnya pelanggan beliau. Perbezaan karakter Aishah dengan saya, menjadikan kami serasi. Kami boleh berbeza pendapat tapi kami juga boleh berketawa besar bersama. Aishah seorang yang kritis.  Ada aje benda yang nak di ‘ulas’nya.  Walaupun saya sering perlu ingatkan beliau jangan terlalu berlebih memberi ulasan, saya banyak dapat belajar dari seorang wanita bernama Noraishah ini.
** antara yang saya belajar dari Aishah ialah utk mendapatkan senyuman yang manis masa bergambar, kita mesti sebut ESS.

Awal-awal musafir saya sudah maklumkan Aishah bahawa musafir kali ini, kita mesti cuba ceritakan tentang Islam kepada orang Jepun. Hal ini tidak susah bagi Aishah yang semula jadi peramah, talkative dan sentiasa ada cerita. 

Hari ke 2 di Kobe.  Saya mahu ke Masjid Kobe. Sebabnya ialah saya mahu dapatkan beberapa risalah berbahasa Jepun, sekiranya ada. Di samping membeli daging ayam halal untuk kami bawa ke rumah kawan lama saya (Japanese) di Nara. Plan nak masak-masak di Nara nanti.

Sesampai di Masjid Kobe, kami mengambil peluang bergambar di pagar depan. Mungkin suara kami yang riuh, seorang anak muda menjenguk  dari dalam masjid. Oppss…. Sori…. Kami masuk ke dalam masjid, dan Nampak hanya ada anak muda ini dengan 2 orang lelaki. Rasanya seorang lelaki dari Mesir dan seorang remaja Jepun sedang solat.

Sedang elok waktu zohor, kami menunaikan solat zohor di Masjid. Usai solat, kami bersembang dengan  anak muda ini. Anak muda Malaysia. Nama Zulkarnain. Berasal dari Puchong dan berkahwin dgn wanita Jepun. Sudah mendapat kerakyatan Jepun. Zul memberitahu kami, beliau akan berada di Masjid setiap hari Sabtu. Beliau mengambil tanggungjawab untuk memberi penerangan tentang Islam kepada pelawat-pelawat yang terdiri dari orang Jepun yang datang melihat masjid (Masjid Kobe terletak di tengah-tengah kawasan pelancongan, dekat dengan stesen bas). Beliau amat membutuhkan lebih ramai lagi sukarelawan yang dapat membantu beliau, sebab ramai pelawat yang datang.

Masa kami ada di Masjid tu pun, ada beberapa grup pelawat Jepun. Zul bertanya kami “akak ada masa tak? Boleh la tolong saya”. Ehe…..menarik-menarik! Saya memang pernah berhasrat nak jadi sukarelawan di masjid Shah Alam, aleh-aleh dapat jadi sukarelawan di Masjid nuunn jauh di sana, di negara matahari terbit!

Kami ada masa. So setiap dari kami handle grup pelawat Jepun yang berbeza. Aishah handle Japanese  yang boleh berbahasa Inggeris manakala saya dan Zul handle yang Japanese sahaja. Kami luangkan masa lebih kurang 2 jam di Masjid. Kami terpaksa meninggalkan Zul kerana kena balik ke hotel utk check out. Saya masih terbayang wajah Zul, merayu saya datang ke Jepun untuk membantu dakwah beliau. Maafkan kami Zul. Sob sob sob *sedih*

Waktu yg ringkas itu, saya perhatikan Zul sedaya mungkin memberi maklumat tentang Islam kepada para pengunjung masjid. Walaupun tanpa latihan yang formal. Bertuah sungguh kita di Malaysia, sering ada kursus “Berdakwah dlm masyarakat majmuk”.


Sebelum meninggalkan masjid, saya sempat bertanyakan Zul kalau masjid ada apa-apa risalah dalam bahasa jepun tentang Islam. Zul bagi ini saja….sehelai kertas tentang Nabi Muhammad.
Kawaiso!


Next...Musafir bermisikan tabligh di Nara

Musafir ber misikan tabligh di KIX

Alhamdulillah kami selamat tiba di Lapangan terbang Osaka jam 8.30 pagi waktu Jepun.
Semua berjalan lancar. Cek imigresen, cek kastam lancar.

Dalam kami meninjau-ninjau cari bas stand untuk kami ke Kobe, kami di hampiri oleh seorang lelaki Jepun. Beliau datang terus kepada saya,  menunjukkan ‘lencana’ pada dompet yang di bawanya (Macam cerita yang kita tengok kat tv tuuu…) sambil berbisik “can you speak Japanese?  Watashi wa keisatsu des!’.

Erkk! Polis! Apasal polis nak cek kita ni? Kami yang cun ni nampak cam keldai dadah ke???? Suspen!

Saya jawab saya boleh berbahasa Jepun. Keisatsu tersebut bertanyakan banyak juga soalannya. Tak ingat dah soalan apa. Tapi rasanya lama jugak la dia interview kami.  Dah habis interview, kami kata kami nak ambik gambar. So nak mintak dia tolong ambikkan gambar. Dia kata, kat atas lagi cantik. Lagi pun ada ‘prayer room’ untuk muslim, sambil beliau bergegas ke kaunter information dan
kembali semula kepada kami dengan brocur ini….

Kami kata kami tak perlu ke prayer room. Nak cepat ke Kobe. Eh? Hang tunjuk kat kami brocur prayer orang Islam, hang tahu ke Islam tu apa? Dia kata tak tahu….apa lagi…. Saya pun keluarkan risalah tentang agama Islam dan hadiahkan kepada keisatsu tersebut.  Sambil tunduk-tunduk kepala dia ucap terima kasih dan kata ‘benkioshimasu’. Nanti dia baca…

Terjawab sudah suspen kami. Kenapa Allah hantar keisatsu ini kepada kami hari ini. Rupa-rupanya Allah nak memperkenalkan Islam kepadanya. Moga Allah buka hidayah kepada keisatsu ini.




Next..Musafir ber misikan tabligh d Kobe

INTRO - Musafir ber misikan tabligh

Hikone eki mae. Picture taken 31st October 2014
Alhamdulillah Allah mengizinkan saya menjejakkan semula kaki ke kampung yang saya tinggalkan sejak hampir 20 tahun yang lalu.
Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki duit untuk buat belanja.
Alhamdulillah Allah kurniakan badan yang sehat untuk berjalan.
Alhamdulillah Allah kurniakan masa untuk di luangkan.
Alhamdulillah Allah kurniakan sahabat untuk meneman.
Alhamdulillah Allah takdirkan  suami masih di luar negara jadi tiadalah hati berbelah bagi nak tinggalkan dia sendirian.
Alhamdulillah Allah mudah segala  urusan.

Menyedari segala ni’mat kurnia Allah itu, saya merasakan berdosa kalau saya bermusafir hanya untuk liburan semata. Saya mesti pastikan musafir saya kali ini musafir yang bermakna. Musafir yang ada sumbangannya untuk agama. Musafir yang saya tidak akan di tanya.

Kalau sebelum ini saya bermusafir sekadar untuk tengok-tengok belajar dari negara orang, kali ini saya telah tetapkan musafir saya sebagai musafir ber misi kan tabligh.

bersama teman musafir - Noraishah
Tabligh je…. Bagi tahu intro ringkas-ringkas, simple-simple kepada mereka yang saya jumpa. Orang Jepun ni orang yang berhati bersih. Budaya mereka amat dekat dengan carahidup Islam. Tapi Islam itu asing bagi mereka. Saya berharap dengan musafir saya kali ini, ada beberapa orang Jepun yang dapat tahu apa itu agama Islam, walaupun secara ringkas.  

Tujuan saya menurunkan catatan di sini untuk saling berkongsi.  Mudah-mudahan ada yang terinspirasi untuk turut menjadikan musafir mereka musafir bermisikan tabligh, bukan sekadar liburan untuk tengok-tengok negeri orang. Mungkin akan ada yang akan bermusafir yang akan lebih fokus, kreatif dan lebih produktif dari musafir saya ini. Musafir yang ada mission!
Persiapan sebelum bermusafir:
1. Niat kerana Allah dan doa
2. Article atau buku bacaan berkaitan
3. Spray untuk wudhu
4. Pakaian yang ready solat
5. Asesori- asesori lain ( saya bawa book mark dan  key-chain)


.......next musafir ber misikan tabligh part 1


Tuesday, October 14, 2014

Tips rumahtangga

Assalamualaikum wmh wbth

Dah lama tidak ber blog. Bukan sebab sibuk, tapi sebab yang tidak layak di sebut di sini. Buat malu kompeni je nanti. Hihihi…. Sedang memotivasikan diri untuk regular menulis semula, insya Allah

Terjumpa contengan nota pada sekeping kertas.  Ini mesti contengan masa saya hadir kuliah atau mungkin contengan masa saya dengar slot di radio ikim.  Tak pasti siapa penceramahnya. Hendak di buang terus terasa berdosa kerana contengan itu andalah contengan ilmu. Sekiranya ilmu tersebut di amalkan, hasilnya……pasti tiada boleh di letakk nilai. Terlalu amazing! Jadi baik saya catatkan dulu di alam maya ini sebelum kertas ini saya masuk bakulkan.

Bagaimana ingin dapatkan rumahtangga yang bahagia:

1. Pikat hati Empunya Hati – Baca Quran!
Hati manusia ini dalam genggaman Allah. Milik Allah. Mesti pikat ‘hati’ tuan punya hati dahulu.
Bagaimana? Baca Quran. Quran adalah surat cintaNya. Surat cintaNya jarang kit abaca, jadi wajar kita ‘claim’ kita cinta padaNya?

2. Nilaikan kembali apa yang kita hendak dalam kehidupan berumahtangga
Kita tahu apa yang kita mahu. Adakah itu untuk mendapat cinta Allah, atau untuk kepentingan sendiri? Re-brand semula niat kita kalau sudah tersasar

3. Redha menerima apa yang Allah takdirkan.
 “Allah memberi kepada kita pada saat yang kita perlu, bukan yang kita mahu – its always right timing!”
Yang penting, berhusnul dzan dengan Allah. Syukur apa yang kita ada dan jangan dengki apa yang orang ada.

4. Apabila berkumpul 2 sifat ini, maka WAJIB rasa bahagia.
Apakah 2 sifat tersebut? Ia adalah SABAR dan SYUKUR
Tak lengkap bahagia tanpa sabar dan syukur. Hadis Nabi saw yang popular menyebut keindahan seorang mukmin iaitu apabila diberi ujian dia sabar, apabila di beri ni’mat dia syukur. Biasa dengar hadis tersebut kan?

5. Jadikan rumah yang menadah rezeki
Petrol naik. Harga rumah naik. Harga barangan naik. Ada rumahtangga jadi kucar kacir sebab tak cukup wang. Benar, wang bukan segala-galanya, tapi nak hidup ni, segala-galanya memerlukan wang. Jangan biarkan masalah kewangan mengganggu rumahtangga kita. Mohon pada Pemberi Rezeki yang Maha Kaya!

Selepas solat subuh, baca zikir.
Amalkan juga ayat-ayat berikut;
(pada mulanya saya ingat nak tulis saja ayat dan surah yang di sarankan, biar anda rujuk sendiri. Tapi bila pikir lagi sekali, saya rasa baik saya turunkan terus ayat-ayat tersebut untuk memudahkan rujukan anda. Ya lah….bukan semua orang rajin buka dan ‘search’ ayat-ayat quran macam saya kannn?)

Al-zariat: 58
A058
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

Al-Qasas: 21 
A024
Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".
**Tak perlu baca keseluruh ayat, tapi ulang-ulang doa Nabi Musa tu. Baca 70 kali

Al-syura: 19
A019
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Sekian. Insya Allah nanti saya buat catatan lain pula ya…

Tuesday, May 13, 2014

Seni Berdoa

SENI  BERDOA  

1. Mulakan dengan puji-pujian kepada Allah.
Lihat bagaimana Allah mengajar kita adab-adab meminta melalui surah al-fatihah. Ayat 1-5 hanyalah ayat-ayat memanjat pujian kepada Allah; Allah yang Maha Pengasih, Allah yang Maha Penyayang, Allah Penguasa hari pembalasan, Allah yang kita sembah, Allah tempat kita mohon pertolongan. Selepas ayat-ayat tersebut barulah di datangkan ayat-ayat meminta; minta di tunjukkan jalan yang lurus dsb

2. Berselawatlah kepada Baginda Nabi Muhammad saw.
Baginda Nabi saw adalah orang yang paling di kasihi Allah. Bagaikan protokol, Baginda menjadi penghubung doa kita dengan Allah

3. Sebutlah Ya Robb Ya Robb 4kali
Ini berdasarkan hadis Nabi saw melalui Jabir yang berbunyi:
Apabila berkata seorang hamba Ya Robb 4 kali, maka Allah berkata Aku datang! Mintalah! Aku akan perkenankan

4. Istighfar
Ada ketika doa kita tidak diterima kerana ia terhijab dengan dosa-dosa kita. Jadi, banyakkan istighfar

5. Minta bersungguh-sungguh
Bila berdoa tu, mintalah dengan bersungguh-sungguh. Ingat balik bagaimana bersungguh-sungguhnya kita minta mainan dari emak kita semasa kita kecil dahulu. Nangis-nangis guling-guling. Selagi tak dapat, tak berenti!!! Macamtu jugakklah bersungguh-sungguh kita mesti minta dari Allah!

AYUH! Kita upgrade cara kita berdoa
*Jangan lupa doakan juga untuk saya dan sahabat-sahabat anda yang lain. Sebagai balasannya kita akan di doakan oleh malaikat :-)*


Tuesday, March 4, 2014

BERMUSAFIRLAH BERTEMU PENCIPTAMU DENGAN TENANG

Pagi-pagi ini wasap saya di masuki dengan berita perginya seorang hamba Allah yang di beri nama Sdra Azman Muda. Beliau meninggal di bilik hotelnya di Cameron Highland. Beliau ke sana atas urusan tugas. Saya tidaklah mengenali Sdra Azman (al-marhum) ini. Tetapi melihatkan mesej yang sama memaklumkan berkenaan ‘pemergian’ beliau yang saya terima dari grup wasap yang berbeza, saya menjangkakan al-marhum adalah seorang yang sangat soleh, di cintai Allah.

Teman sekamar arwah di Cameron Highland memaklumkan arwah sedang solat sunat dan bersiap hendak ke masjid untuk solat subuh. Al-marhum meninggal dalam keadaan sujud. Subhanallah wa Tabakarakallah. Saat kematian manakan yang lebih kita dambakan selain dari saat kematiaan yang begini indah? Ya Allah, ambillah nyawaku di saat Engkau paling redha padaku. Jadikanlah saat mati ku ini saat paling indah untukku. Doa yang saya baru pelajari dari Ustazah Norhafizah Musa.

Baru semalam saya berbicara dengan Che Pah. Kisah kematian hebat anak muda bernama Ahmad Ammar.  Dan pagi ini pula, di kejutkan dengan satu lagi kematian hebat. Sesungguhnya mati itu dekat, hanya kita sahaja yang berperangai seolah-olah kita yakin esok kita masih hidup. Kita tidak tahu bila kita akan mati, tetapi kita boleh menentukan keadaan mati bagaimana yang kita mahu. Biasakan berkata-kata yang baik. Biasakan berbuat baik. Biasakan menulis yang baik-baik. Semoga akhir kita disudahi dengan perkataan, perbuatan, tulisan yang baik-baik.
Antara catatan akhir al-marhum di wasap grup di-
iringi doa para sahabat
Semoga Allah sentiasa memelihara hidup anda dan hidup saya. Mengizinkan anda dan saya untuk bermusafir bertemu Pencipta kita dengan tenang dan bahagia. Sama-sama lah kita saling  doa mendoakan… Al-Fatihah buat al-marhum Sdra Azman Muda dan seluruh mukmin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah pergi.


Sebahagian keindahan syurga sebagaimana di dalam surah Al-Rahman dan al-Waqiah

Bagi orang yang takut akan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga,  dalam dua  syurga tersebut ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan.

Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -

Di dalam dua Syurga itu terdapat berbagai jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa) kita lihat dan rasa

Dan para penghuni syurga bersenang-senangan di tempat masing-masing dalam Syurga. Mereka  bersenang-senang dengan berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya diperbuat dari sutera tebal yang bersulam;  dan terjuntai pada perbaringan mereka  buah-buahan kedua-dua Syurga itu dan dekat kepada mereka  untuk dipetik.

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata, tak jemu di pandang), dan bidadari ini yang sentiasa dara, tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan sebaya sahaja umurnya. Tak tua-tua.

Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
Di dalam kedua-dua syurga ini menghijau subur tanamannya;

Dalam dua syurga ini juga ada dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman penghibur) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
Seperti syurga di atas, di syurga ini juga, Bidadari-bidadari itu tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
Mereka duduk di dalam Syurga itu di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -

Anak-anak muda lelaki ini berlegar-legar  sibuk melayan dan menjamu para ahli syurga dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.

Air arak yang di ambil terus dari sungai arak yang mengalir tidak menjadikan mereka merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

Ahli syurga di hidangkan pula dengan buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. Terlintas sahaja, terus terhidang!

Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

Di dalam syurga itu, tidak ada perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; Semua perkataan hanyalah perkataan yang indah-indah sahaja. Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).

Para ahli syurga juga bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.

Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,

Dan naungan yang tetap terbentang,

Dan air yang sentiasa mengalir,

Serta buah-buahan yang banyak, yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,

Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.


Wednesday, February 26, 2014

Resepi Nasi Arab - Somali Style

RESEPI NASI ARAB SOMALI STYLE

Resepi ni sesuai untuk masak nasi arab lauk unta, daging lembu atau daging kambing. (KZurai....nak guna pipi lembu pun sesuai jugak - rasa macam daging unta). Lauk ayam tak sesuai masak guna resepi ini ya!
Yang tu kena tunggu lain hari. Cikgu pun belum sempat bertalaqqi lagi

Nasi
Mula-mula kita rendam beras. Orang Arab guna beras yang panjang-panjang. Kita beras basmathi lah. Kalau nak jenis panjang pun, ada cap Faiza nama apa ntah. Yang extra long macam dlm iklan tv tu.

Perasa
Biji ketumbar beberapa biji (banyak juga la)        )
Bawang putih 10 ulas                                          )                                              Tumbuk (A)
Daun ketumbar                                                   )

4 biji tomato                                                       )
5 ulas bawang putih                                             )                                              Kisar(B)
Sedikit air                                                           )

Daging
Sementara tu, rebus daging bersama biji ketumbar yang di tumbuk dan daun ketumbar yang di potong. Rebus sampai daging lembut
Bila daging sudah lebut, tapis dan asingkan air yang di tapis dgn daging. Jangan buang air tu tau!

Untuk masak daging
Mula-mula masukkan minyak (tak perlu banyak sangat)
Masukkan bawang besar yang telah di hiris memanjang
Setelah bawang layu/lembut, masukkan daging
Kemudian masukkan bahan (A) tadi
Masukkan garam
Kalau ada batu perasa (org Somali sebut maci). Saya tak tahu apa nama, tapi kalau pergi haji ada budak2 mutawif akan promote batu ni untuk di kunyah, kononnya untuk mencerdaskan minda macam Imam Syafei. Batu ni macam Kristal gitu
Masukkan lobak merah yang di hiris secara siat
Masukkan green pepper, juga yg di hiris siat
Masukkan serbuk jintan putih
Bila air sudah hampir kering, keluarkan daging dan letak dlm pan satu lagi
Masukkan bahan yang di kisar (B)
Masukkan kentang yg di potong wedges
Masukkan air rebusan daging
Biarkan mendidih hingga kentang lebut dan hampir pekat à jadi sause ( C )

Sementara itu, daging yang dikeluarkan tadi, direbus lagi guna air rebusan asal
Bila air hampir kering, masukkan tomato yg di potong kiub besar
Masukkan green pepper
Masukkan cili besar hijau

Untuk masak nasi
Mula-mula didihkan air bersama garam, jintan putih dan kulit kayu manis dan buah pelaga (ambik biji shj)
Bila air dah mendidih, masukkan beras yg telah di rendam tadi
Masak nasi hingga 80% masak
Keluarkan separuh dari nasi.
Lapik dgn sause (C) tengah2
Bubuh nasi
Bubuh baki air rebusan daging
Tabur dgn za’faran separuh bahagian
Tutup periuk nasi dan biarkan nasi masak sepenuhnya

Nasik Arab dihidangkan bersama lauk dan salad. Dan salsa/zalatah. Kuah dalca tak ada ya! Nak kuah dalca ke, kuah apa-apa ke tu dah tak masuk dalam set resepi nasik Arab tau!

Ini Sameerah, muallimah nasik Arab ni
Saya dah cuba masak nasik arab Somali style ni masa balik KB baru ni. Jadi. Memang sedap!
Tapi.....
Untuk orang yang menghargai masa seperti saya ini (ececeh) resepi ini sangat leceh. Sekejap masuk dalam periuk tu, sekejap keluarkan, sekejap bubuh dalam periuk tu, sekejap tuang lagi...Ambik masa, dan menggunakan banyak peralatan dapur yang kena di basuh selepas tu. 
Saya pikir, saya akan modify guna bahan yang sama tapi cara masak macam masak beryani gam. Saya pasti rasanya masih tetap UMPHH!!!

Orang kita memang kreatif dan inovatif. Cik Yon mesti boleh masak nasik Arab ni dengan lebih cepat, lebih cekap, lebih sedap. Kalu saya pi Utagha, jangan lupa kasi saya food test ya!
Ini nasik Arab versi KZurai dgn lauk2 iringan
ada lauk ayam, ada kurma pipi lembu, ada pipi
lembu cecak ayak asam dan salsa ketumbar

Minggu lepas, saya ke rumah Kak Zurai, kawan sekolah KIK dahulu. Setelah 29 thn tidak bertemu. Kak Zurai masih maintain menawan walaupun sudah ada 5 cahayamata. Kak Zurai jamu saya dengan nasi Arab versi KZurai. Siap bubuh serai dan daun limau purut lagi! Saya rasa orang Arab pun konfius kalau tengok nasik Arab KZurai ni yang ada serai bagai (Hihihi).
Apa versi sekalipun, nasik Arab KZurai ni memang SEDAAAP!! dan lagi... Nasik Arab Kak Zurai ini di pasangkan dengan lauk spesel....Lauk Pipi Lembu!!!!! Owh....Kak Zurai....bila nak panggil saya makan pipi lembu cecah ayak asam KZurai lagi??? Saya sudah kempunan lagi nii!

Resepi bonus: SALSA
Bawang besar
Tomato
Cili merah
Cili padi (optional - kalau nak pedas)
Daun ketumbar
Garam
--- kisar kesemua bahan

Ini maci yg di maksudkan

SELAMAT MENCUBA YA!