AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Tuesday, March 4, 2014

BERMUSAFIRLAH BERTEMU PENCIPTAMU DENGAN TENANG

Pagi-pagi ini wasap saya di masuki dengan berita perginya seorang hamba Allah yang di beri nama Sdra Azman Muda. Beliau meninggal di bilik hotelnya di Cameron Highland. Beliau ke sana atas urusan tugas. Saya tidaklah mengenali Sdra Azman (al-marhum) ini. Tetapi melihatkan mesej yang sama memaklumkan berkenaan ‘pemergian’ beliau yang saya terima dari grup wasap yang berbeza, saya menjangkakan al-marhum adalah seorang yang sangat soleh, di cintai Allah.

Teman sekamar arwah di Cameron Highland memaklumkan arwah sedang solat sunat dan bersiap hendak ke masjid untuk solat subuh. Al-marhum meninggal dalam keadaan sujud. Subhanallah wa Tabakarakallah. Saat kematian manakan yang lebih kita dambakan selain dari saat kematiaan yang begini indah? Ya Allah, ambillah nyawaku di saat Engkau paling redha padaku. Jadikanlah saat mati ku ini saat paling indah untukku. Doa yang saya baru pelajari dari Ustazah Norhafizah Musa.

Baru semalam saya berbicara dengan Che Pah. Kisah kematian hebat anak muda bernama Ahmad Ammar.  Dan pagi ini pula, di kejutkan dengan satu lagi kematian hebat. Sesungguhnya mati itu dekat, hanya kita sahaja yang berperangai seolah-olah kita yakin esok kita masih hidup. Kita tidak tahu bila kita akan mati, tetapi kita boleh menentukan keadaan mati bagaimana yang kita mahu. Biasakan berkata-kata yang baik. Biasakan berbuat baik. Biasakan menulis yang baik-baik. Semoga akhir kita disudahi dengan perkataan, perbuatan, tulisan yang baik-baik.
Antara catatan akhir al-marhum di wasap grup di-
iringi doa para sahabat
Semoga Allah sentiasa memelihara hidup anda dan hidup saya. Mengizinkan anda dan saya untuk bermusafir bertemu Pencipta kita dengan tenang dan bahagia. Sama-sama lah kita saling  doa mendoakan… Al-Fatihah buat al-marhum Sdra Azman Muda dan seluruh mukmin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah pergi.


Sebahagian keindahan syurga sebagaimana di dalam surah Al-Rahman dan al-Waqiah

Bagi orang yang takut akan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga,  dalam dua  syurga tersebut ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan.

Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -

Di dalam dua Syurga itu terdapat berbagai jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa) kita lihat dan rasa

Dan para penghuni syurga bersenang-senangan di tempat masing-masing dalam Syurga. Mereka  bersenang-senang dengan berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya diperbuat dari sutera tebal yang bersulam;  dan terjuntai pada perbaringan mereka  buah-buahan kedua-dua Syurga itu dan dekat kepada mereka  untuk dipetik.

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata, tak jemu di pandang), dan bidadari ini yang sentiasa dara, tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan sebaya sahaja umurnya. Tak tua-tua.

Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
Di dalam kedua-dua syurga ini menghijau subur tanamannya;

Dalam dua syurga ini juga ada dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman penghibur) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
Seperti syurga di atas, di syurga ini juga, Bidadari-bidadari itu tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
Mereka duduk di dalam Syurga itu di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -

Anak-anak muda lelaki ini berlegar-legar  sibuk melayan dan menjamu para ahli syurga dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.

Air arak yang di ambil terus dari sungai arak yang mengalir tidak menjadikan mereka merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

Ahli syurga di hidangkan pula dengan buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. Terlintas sahaja, terus terhidang!

Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

Di dalam syurga itu, tidak ada perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; Semua perkataan hanyalah perkataan yang indah-indah sahaja. Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).

Para ahli syurga juga bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.

Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,

Dan naungan yang tetap terbentang,

Dan air yang sentiasa mengalir,

Serta buah-buahan yang banyak, yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,

Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.


No comments:

Post a Comment