Di Nara, kami tinggal di rumah
kawan lama saya. Masae. Mase sudah pun berumahtangga dan mempunyai anak lelaki
berumur 4 tahun. Pertama kali berkenalan
dengan suami Masae. Typikal Japanese man yang sopan. Amat berbeza dengan Masae
yang ‘kuat’. Saya hadiahkan Masae ayam halal yang kami beli di Kobe siang tadi,
dan kepada suami Masae, saya hadiahkan beg kecil yang memang saya siapkan untuk di beri kepada rakan2 yang akan saya temui di Jepun. Beg kecil mengandungi risalah tentang
Islam + book mark mutiara kata dari Nabi Muhammad saw + key chain Malaysia.
Suami Masae berbesar hati
menerima hadiah saya ini. Masae dah biasa sangat dengan saya ‘bersyarah’ kepada beliau tentang Islam
masa zaman kami belajar dulu-dulu. Masae
dah tak heran bila tengok saya bagi risalah tersebut.
Anak Masae kurang sehat, jadi
kami kena adjust plan kami. Esoknya Aishah dan saya berdua sahaja ke Taman rusa
di Nara. Dugaan untuk menunaikan solat
di negara kafir. Puas cari sudut, saya
akhirnya bersolat di sebelah escalator di pasar raya. Terkenang masa zaman belajar dahulu, ada
Japanese yang pelik tengok saya solat tengah taman. Tapi di Jepun, ramai manusia
pelik, so saya tak heran kalau orang jepun tengok kita solat itu pelik.
Chisako yang sweet lagi bijak |
Alhamdulillah, hari berikutnya
anak Masae sudah beransur sehat. Hari ini acara masak-masak. Saya masak sup dan
ayam goreng kunyit manakala Aishah masak sayur. Masae jemput rakannya untuk ikut menjamu
selera. Kata Masae, anak rakan beliau ingin berlatih bercakap bahasa Inggeris. Rakan Masae bernama Miyako serta anak
perempuan beliau Chisako yang bijak. Belum pernah bertemu dengan ‘orang asing’.
Apatah
lagi ‘orang asing yang bertudung beragama Islam’. Banyak benda di tanya oleh Miyako. Miyako cuba
berbual dalam bahasa Inggeris. Chisako pula sangat alert. Saya dapat melihat mata Chisako yang
bersinar-sinar, ketika cuba memahami perbualan kami. Semoga perjumpaan malam ini
membuka jalan buat Miyako dan Chisako untuk terus explore tentang Islam.
Next....musafir ber misikan tabligh di Osaka
No comments:
Post a Comment