Seronok berjalan dengan
Noraishah yang saya panggil Aishah. Aishah ni ajen insuran. Saya asalnya
pelanggan beliau. Perbezaan karakter Aishah dengan saya, menjadikan kami serasi.
Kami boleh berbeza pendapat tapi kami juga boleh berketawa besar bersama.
Aishah seorang yang kritis. Ada aje
benda yang nak di ‘ulas’nya. Walaupun
saya sering perlu ingatkan beliau jangan terlalu berlebih memberi ulasan, saya
banyak dapat belajar dari seorang wanita bernama Noraishah ini.
** antara yang saya belajar
dari Aishah ialah utk mendapatkan senyuman yang manis masa bergambar, kita
mesti sebut ESS.
Awal-awal musafir saya sudah
maklumkan Aishah bahawa musafir kali ini, kita mesti cuba ceritakan tentang
Islam kepada orang Jepun. Hal ini tidak susah bagi Aishah yang semula jadi
peramah, talkative dan sentiasa ada cerita.
Hari ke 2 di Kobe. Saya mahu ke Masjid Kobe. Sebabnya ialah saya
mahu dapatkan beberapa risalah berbahasa Jepun, sekiranya ada. Di samping
membeli daging ayam halal untuk kami bawa ke rumah kawan lama saya (Japanese)
di Nara. Plan nak masak-masak di Nara nanti.
Sesampai di Masjid Kobe, kami
mengambil peluang bergambar di pagar depan. Mungkin suara kami yang riuh, seorang
anak muda menjenguk dari dalam masjid. Oppss….
Sori…. Kami masuk ke dalam masjid, dan Nampak hanya ada anak muda ini dengan 2
orang lelaki. Rasanya seorang lelaki dari Mesir dan seorang remaja Jepun sedang
solat.
Sedang elok waktu zohor, kami
menunaikan solat zohor di Masjid. Usai solat, kami bersembang dengan anak muda ini. Anak muda Malaysia. Nama
Zulkarnain. Berasal dari Puchong dan berkahwin dgn wanita Jepun. Sudah mendapat
kerakyatan Jepun. Zul memberitahu kami, beliau akan berada di Masjid setiap
hari Sabtu. Beliau mengambil tanggungjawab untuk memberi penerangan tentang
Islam kepada pelawat-pelawat yang terdiri dari orang Jepun yang datang melihat
masjid (Masjid Kobe terletak di tengah-tengah kawasan pelancongan, dekat dengan
stesen bas). Beliau amat membutuhkan lebih ramai lagi sukarelawan yang dapat
membantu beliau, sebab ramai pelawat yang datang.
Masa kami ada di Masjid tu
pun, ada beberapa grup pelawat Jepun. Zul bertanya kami “akak ada masa tak?
Boleh la tolong saya”. Ehe…..menarik-menarik! Saya memang pernah berhasrat nak
jadi sukarelawan di masjid Shah Alam, aleh-aleh dapat jadi sukarelawan di
Masjid nuunn jauh di sana, di negara matahari terbit!
Kami ada masa. So setiap dari
kami handle grup pelawat Jepun yang berbeza. Aishah handle Japanese yang boleh berbahasa Inggeris manakala saya
dan Zul handle yang Japanese sahaja. Kami luangkan masa lebih kurang 2 jam di
Masjid. Kami terpaksa meninggalkan
Zul kerana kena balik ke hotel utk check out. Saya masih terbayang wajah Zul, merayu saya datang ke Jepun untuk membantu
dakwah beliau. Maafkan kami Zul. Sob sob sob *sedih*
Waktu yg ringkas itu, saya
perhatikan Zul sedaya mungkin memberi maklumat tentang Islam kepada para
pengunjung masjid. Walaupun tanpa latihan yang formal. Bertuah sungguh kita di
Malaysia, sering ada kursus “Berdakwah dlm masyarakat majmuk”.
Sebelum meninggalkan masjid,
saya sempat bertanyakan Zul kalau masjid ada apa-apa risalah dalam bahasa jepun
tentang Islam. Zul bagi ini saja….sehelai kertas tentang Nabi Muhammad.
Kawaiso!
Next...Musafir bermisikan tabligh di Nara
No comments:
Post a Comment