AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Friday, November 7, 2014

Musafir ber misikan tabligh di Kyoto

Cerita 1
Jam 8.30 pagi, kami turun ke ruang tamu guest house tempat kami bermalam. Kelihatan tuan rumah, Terumi san bersama pelanggan beliau dari Spain sedang berbual sambil menikmati roti freshly baked oleh Terumi. Saya dan Aishah turut duduk. Agyar dari Spain akan check out pagi ini. Beliau bersama seorang rakannya akan meneruskan perjalanan ke Nagasaki, selatan Jepun. Kami yang baru tiba ini cuba mendapatkan maklumat tempat2 menarik yang telah dikunjungi oleh Agyar. Agyar seorang yang peramah. Siap bagi name kad untuk kami hubungi. Entah macamana perbualan boleh menjuru kepada topik ketuhanan. Agyar dan Terumi, mereka berdua percaya kepada kuasa Tuhan yang satu, yang mentadbir alam.

Saya mengambil kesempatan ini menghadiahkan sebuah buku berbahasa inggeris  yang saya ambil dari Pejabat Ikram kepada Agyar dan risalah Islam Agama Yang Benar (dalam bahasa Jepun) kepada Terumi. Moga mereka membaca buku tersebut.

Cerita 2
Kami merasa sangat teruja hari ini. Kami keluar 2 jam lewat dari masa yang di rancang. Plan asal, jam 7.30 keluar rumah, terus ke Kiyomizu tera dan ke Kinkaku ji dank e Arashiyama menyusuri bamboo forest dan menaiki Romantic Train untuk menikmati pemandangan hutan musim luruh. Tapi di sebabkan sudah lambat, kami dahului ke Arashiyama. Melawat tera-tera dan kuil-kuil tu bukan ajenda utama kami. Balik dari Arashiyama nanti, kalau ada masa, kami singgah.  Nasib baik lah Aishah juga tidak lah teruja sangat untuk pergi bergambar di Kinkaku-ji, temple Emas yang selalu terpapar di majalah pelancongan Jepun.

Keindahan sepanjang jalan Arashiyama dan hutan buluh (bamboo forest) memang tidak terucap oleh kata-kata. Keindahan pemandangan pada gambar yang di ambil, belum dapat menandingi walau 10% keindahan sebenar. Terlintas di kepala, bagaimana kah keindahan di syurga yang Rasulullah saw nyatakan tak terbayang dek mata, tak terdengar dek telinga, tak terlintas dek fikiran….

Kami menaiki Romantic Train (dikenali sebagai  Torokko Densha) dan turun pada perhentian ketiga.
Solat di stesen keretapi Romantic Train
Wah! Ada wifi! Apa lagi! Terleka seketika meng-up date telegram dan wasap. Tetiba, baru teringat untuk manfaatkan stesen keretapi yang kosong untuk buat solat jamak taqdim. Tetapi kami terlambat sebab penumpang keretapi sudah mulai masuk untuk keretapi seterusnya. Terpaksalah kami menunggu lebih kurang setengah jam untuk stesen kosong semula supaya kami dapat solat dengan selesa. Bila sudah berkeadaan begini, baru rasa bertuahnya duduk di Malaysia. Surau ada di mana-mana. Kalau tak, rasa macam…..bestnya kalau duduk di Jepun *tarik nafas panjang , dua tangan di pipi, sambil mata ke atas dan badan melentuk**

Cerita 3
Malam, kami turun keruang tamu. Ada 3 gadis dari Malaysia yang baru check-in ke guest house petang tadi. Seronoknya dapat berbual dalam bahasa melayu. Aishah apa lagi, bersembang sakan dia dengan adik-adik ini. Siap interview mereka lagi. Kelakarnya, mereka terlepas flight kerana leka minum-minum di klia 2 yang indah. Sampai airport awal, tapi tak check in. Akibatnya flight terlepas, dan terbang  lagi RM700+ untuk bayar tiket flight yang baru. Terumi seperti biasa meluangkan masa beliau bersama tetamu.  Seronok betul Terumi dapat belajar Bahasa. Terumi mempunyai kebolehan cepat ‘pick-up’ apa sahaja bahasa yang di pelajarinya. Beliau boleh berbicara dengan fasih bahasa Mandarin.  Malam ini saja banyak ayat dalam bahasa Malaysia yang Terumi dapat pelajari. Apa taknya, cikgu bahasa ada 5 orang!

Penat bercerita tentang bahasa, tiba2 Terumi bertanya….”Saya dah baca buku yang anda bagi pagi tadi, saya ada pertanyaan….”. Bermula dengan satu pertanyaan, diikuti dengan pertanyaan2 lain oleh Terumi. Sesungguhnya saya amat tidak menduga Terumi akan membuka cerita tentang agama pada malam ini.
Bila dah masuk bab agama, adik-adik muda ni bagi can kakak tua handle.  Lagi pun malam sudah agak lewat. Mereka perlu masuk tidur untuk keluar awal esok pagi. Aishah mengadu sakit belakang sebab pikul beg berat. Terumi menawarkan untuk menyediakan ofuro (Japanese bath) untuk Aishah. Katanya dengan berendam dalam air panas, dapat melegakan sendi-sendi yang kejang.  Siap dengan aromaterapi  lagi tuh! Wah! Jelez i..!
Sementara Aishah berendam, saya bersama dengan Terumi. Cuba meyakinkan beliau tentang kerasulan Nabi Muhammad saw dan mukjizat al-quran. Sebelum saya naik tidur, sempat bertanya Terumi apa pandangan beliau tentang kerasulan Nabi Muhammad saw? Kalau siang tadi beliau berkata, “Saya hanya percayakan Tuhan yang satu. Tapi tidak percayakan kepada manusia sebagai utusan”. Malam ini beliau menjawab, saya ada separuh keyakinan. Ya Allah! Hati saya hampir luruh mendengar perkembangan ini.
Sempat berselfie dgn Terumi selepas selesai kelas bahasa dan kelas fardhu ain

Malam itu, saya menunaikan solat hajat khusus buat Terumi. Saya memohon agar Allah berikan hidayah buat Terumi. Saya mohon agar Allah tidak mensia-siakan pencarian Terumi. Saya mohon agar Allah membuka hati Terumi untuk shahadah.  Terumi seorang yang sangat baik. Hati beliau murni. Banyak perkara-perkara baik yang beliau telah buat.  Kerana banyak budaya Jepun yang  dekat dengan tuntutan Islam. Beruntung kalau Terumi memeluk Islam kerana akaun pahalanya sudah banyak. Saya ingin menumpang pahala Terumi! Mohon doakan untuk Terumi ya!!!

Cerita 4
Pagi-pagi Aishah dah mengingatkan saya…” U jangan cakap lagi tentang  agama dengan Terumi pagi ni. Cukup semalam dah cerita macam-macam. Pening dia nanti!”. “Ya laahh…”. Turun di bawah, Terumi tiada di ruang tamu. Aishah kata “Entah-entah dia nak elak dari kita”. “Emm I rasa tak! “.

Pagi ini plan nak berbasikal ke Fushimi Inari taisha. Temple yang terkenal dengan tiang-tiang merah yang cantik. Tapi plan terpaksa di batalkan kerana ada insiden orang jatuh basikal di tengah jalan. Hihihi.



Berjumpa Terumi untuk check out. Saya tidak berbicara apa-apa tentang agama pagi ini.  Hanya bicara santai. Sain borang check out sambil menghulurkan sehelai kertas tentang Nabi Muhammad saw yang saya dapat semasa ke Masjid Kobe. Rupanya Allah nak saya berikan kertas tersebut kepada Terumi yang masih sangsi tentang kerasulan.  


Gambar-gambar menarik di bamboo forest & sepanjang menaiki Torokko densha





Next...Musafir ber misikan tabligh di Hikone

No comments:

Post a Comment