AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Tuesday, October 14, 2014

Tips rumahtangga

Assalamualaikum wmh wbth

Dah lama tidak ber blog. Bukan sebab sibuk, tapi sebab yang tidak layak di sebut di sini. Buat malu kompeni je nanti. Hihihi…. Sedang memotivasikan diri untuk regular menulis semula, insya Allah

Terjumpa contengan nota pada sekeping kertas.  Ini mesti contengan masa saya hadir kuliah atau mungkin contengan masa saya dengar slot di radio ikim.  Tak pasti siapa penceramahnya. Hendak di buang terus terasa berdosa kerana contengan itu andalah contengan ilmu. Sekiranya ilmu tersebut di amalkan, hasilnya……pasti tiada boleh di letakk nilai. Terlalu amazing! Jadi baik saya catatkan dulu di alam maya ini sebelum kertas ini saya masuk bakulkan.

Bagaimana ingin dapatkan rumahtangga yang bahagia:

1. Pikat hati Empunya Hati – Baca Quran!
Hati manusia ini dalam genggaman Allah. Milik Allah. Mesti pikat ‘hati’ tuan punya hati dahulu.
Bagaimana? Baca Quran. Quran adalah surat cintaNya. Surat cintaNya jarang kit abaca, jadi wajar kita ‘claim’ kita cinta padaNya?

2. Nilaikan kembali apa yang kita hendak dalam kehidupan berumahtangga
Kita tahu apa yang kita mahu. Adakah itu untuk mendapat cinta Allah, atau untuk kepentingan sendiri? Re-brand semula niat kita kalau sudah tersasar

3. Redha menerima apa yang Allah takdirkan.
 “Allah memberi kepada kita pada saat yang kita perlu, bukan yang kita mahu – its always right timing!”
Yang penting, berhusnul dzan dengan Allah. Syukur apa yang kita ada dan jangan dengki apa yang orang ada.

4. Apabila berkumpul 2 sifat ini, maka WAJIB rasa bahagia.
Apakah 2 sifat tersebut? Ia adalah SABAR dan SYUKUR
Tak lengkap bahagia tanpa sabar dan syukur. Hadis Nabi saw yang popular menyebut keindahan seorang mukmin iaitu apabila diberi ujian dia sabar, apabila di beri ni’mat dia syukur. Biasa dengar hadis tersebut kan?

5. Jadikan rumah yang menadah rezeki
Petrol naik. Harga rumah naik. Harga barangan naik. Ada rumahtangga jadi kucar kacir sebab tak cukup wang. Benar, wang bukan segala-galanya, tapi nak hidup ni, segala-galanya memerlukan wang. Jangan biarkan masalah kewangan mengganggu rumahtangga kita. Mohon pada Pemberi Rezeki yang Maha Kaya!

Selepas solat subuh, baca zikir.
Amalkan juga ayat-ayat berikut;
(pada mulanya saya ingat nak tulis saja ayat dan surah yang di sarankan, biar anda rujuk sendiri. Tapi bila pikir lagi sekali, saya rasa baik saya turunkan terus ayat-ayat tersebut untuk memudahkan rujukan anda. Ya lah….bukan semua orang rajin buka dan ‘search’ ayat-ayat quran macam saya kannn?)

Al-zariat: 58
A058
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

Al-Qasas: 21 
A024
Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".
**Tak perlu baca keseluruh ayat, tapi ulang-ulang doa Nabi Musa tu. Baca 70 kali

Al-syura: 19
A019
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Sekian. Insya Allah nanti saya buat catatan lain pula ya…

No comments:

Post a Comment