Biasanya saya akan rendam sebiji atau 3 biji tamar. Ambil sunnah witir (bilangan ganjil) |
Dalam post yang lepas, saya
ada sebut nak tulis tentang ‘infused water’ cara Nabi saw. Selang beberapa
lama, seorang kawan menghantar email berikut.
Kontentnya lebih kurang sama
dengan apa yang ada dalam kepala saya (biasa la….great mind think alike…hehehe).
Memandangkan isi lebihkurang
sama, maka saya copy-paste sahaja lah. (Jimat masa ku)
Semoga penulis air nabeez ini
halalkan saya sebarkan tulisan beliau dalam blog saya.
**************************************************************************************************************
air nabeez. minuman sunnah
nabi**
Apa tu air nabeez?
Air nabeez adalah air rendaman
(infused water) kurma / kismis (raisins).
Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang
bertutup) dan diminum keesokkan paginyer.
Sumber mengatakan: air nabeez
nie kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis
(salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air
rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yg dah
lembik tu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez nie dikatakan sebagai sunnah
nabi.
Talk about infused water. Org
barat baru sekarang paham dan baru nak popularkan kaedah infuse water nie. Nabi
kita dah buat lamaaaaa dah.
Khasiat air nabeez
Air nabeez nie adalah minuman
berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan
badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam
ertikata lain ~ sebagai detox.
Disebabkan air nabeez nie
tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik &
meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Sangat bagus untuk memulihkan
lemah tenaga batin.
Juga bagus untuk pesakit
Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan
urik asid di kalangan pesakit Gout.
Cara membuat air nabeez
Rendam beberapa butir kurma
(seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas.
Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu
bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole
diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.
Kurma yang elok digunakan
adalah kurma ajwa. Tapi kalo takde kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.
Air nabeez tu boleh diminum
begitu sahaja / boleh dikisar sebelum diminum.
Kalau nak buat air nabeez
menggunakan kismis, pun boleh jugak. Caranyer ambil segenggam kismis dan
direndam dalam air jugak. Dibiarkan semalaman jugak.
Kalau nak minum air nabeez
pagi, siapkan petang / malam. Kalau nak
minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma / kismis di waktu pagi.
Pantang larang dalam membuat
air nabeez
Gambar ihsan Fieza. Home made infused water |
Hanya gunakan salah satu
daripada buah2an pada satu2 masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk
membuat air nabeez. Maksudnyer ~ kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau
nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis.
Air nabeez nie kalo disimpan
di dalam peti ais ~ boleh tahan 1 ~ 2 hari.
Tapi dilarang meminum air
rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air
rendaman kurma / kismis yang dibiarkan
melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula & air
rendaman kismis / kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram
diminum.
Oleh itu, adalah lebih baik
air nabeez nie dibuat fresh daily.
Air nabeez nie nanti boleh
diubahsuai & ditambah dengan susu / yogurt untuk dijadikan smoothie jugak.
Tapi kalo buat dengan air
susu, kena letak dalam peti ais ~ takut susu rosak dibiarkan semalaman di luar.
Atau rendam sikit kurma tu dalam air masak. Esok nk minum ~ baru tambah susu
& goncang2 sikit bagi "mesra".
*************************************************************************
Link berikut di cadangkan oleh Fieza.
Untuk rujukan tentang infused water yang lain
http://hasyanaurah.com/2015/02/air-detox-infused-water.html
Jazakillah Fieza......Love u......mmmmuahhs!
Suka sangat..jazakillahu khairan khatsiira☺
ReplyDelete