AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Sunday, April 26, 2015

Kerana ciku, saya menagis

Dah tinggal sebijik, baru teringat nak
ambik gambar. Hihihi..

Ciku adalah buah kegemaran saya. Dalam bahasa Kelantan, ciku di panggil buah sawo nilo. Entah bagaimana napat nama 'sawo nilo' tu, tidak lah saya tahu.
Saya masih ingat, di belakang rumah arwah nenek saya ada 3 batang pokok ciku. Pokok nya rendang, buahnya lebat. Tak putus-putus berbuah. Dan saya, emak, sepupu-sepupu saya akan berlegar-legar di dalam kebun nenek memetik buah sawo yang masih putik. Buah sawo itu kami peram sehingga masak. Rasanya manis amat. Dan saya dapat menikmati buahnya sampai ‘muntah’ (untuk menggambarkan mewahnya kami dengan buah sawo dari 3 pokok itu) Subhanallah wal hamdulillah~

Dewasa, kami mula berjauhan. Saya sambung belajar, bekerja dan berumahtangga. Pokok sawo itu jadi makin terpinggir. Buahnya  makin kurang dan makin tinggi untuk di capai. Sehinggalah sekarang, saya langsung tidak menjenguk pokok sawo itu apabila balik kampung. Kata emak, pokoknya masih ada, tapi sudah tidak berbuah.

Semalam, dalam perjalanan ke Bangi, saya singgah di hentian rehat Serdang. Ada gerai buah-buahan di situ. Saya lihat buah kegemaran saya. Ciku tempatan. Saya suka! RM10 sekilo. Di kira-kira, ada 14 biji untuk 1 kilo. Wah! Sebiji ciku kini berharga 70sen!

Balik dari Bangi, jalan sesak. Ada kemalangan maut. Sebuah lori kecil terbalik, sebuah kereta dan sebuah motorsikal.  Di tengah-tengah lebuhraya, ada sekujur tubuh di tutupi dengan suratkabar. Saya jangka ia adalah penunggang motorsikal. Meninggal. Dan saya terbayang roh mayat tersebut memerhati dari langit jasadnya yang sudah terbujur kaku, tidak dapat berbuat apa-apa.

Malam itu, ketika mengupas buah sawo, pikiran saya terus melayang kenangan silam. Terbayang jelas di mata keceriaan kami di dalam kebun arwah nenek. Melompat-lompat memetik buah ciku. Ciku dikumpul penuh beraga-raga.
Kini saya kena keluarkan 70sen untuk sebiji ciku. Terfikir mungkin ada yang tidak mampu membelinya kerana ada keperluan  lain yang lebih utama. Terbayang juga penunggang motorsikal tadi yang telah menjadi arwah. Dan saya di sini masih di beri peluang oleh Allah menikmati lazatnya buah ciku berharga 70sen sebiji ini.

Perasaan bercampur-campur - Nostalgik, sedih dan syukur……… Kerana ciku, saya menangis.


2 comments:

  1. T.T sedihnya post ni. ok saya kena belajar menulis ngan kak ro. haha, tulisan saya kadang2 kelaut tak tau nak bawa hujung pangkal story.

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete