-
- MAGHRIB
-
Apabila
azan Maghrib di laungkan, Baginda akan berada seketika di rumah sebelum keluar
meng imami solat Maghrib
-
Solat
sunat sebelum Maghrib tidak lah di tuntut (sangat) memandangkan waktu antara
Maghrib dan isya yang singkat
-
Bacaan
solat maghrib adalah ringkas
-
Baginda
tidak duduk berbual selepas maghrib
-
Baginda
pulang ke rumah dan menunaikan solat sunat 2 rakaat
-
Makan
malam selepas solat Maghrib kecuali kalau Baginda berpuasa
-
Baginda
menggalakkan para sahabat menjemput sahabat yang miskin untuk makan malam
bersama
-
Baginda
sendiri, sekiranya ada makanan di rumah akan menjemput 10 orang sahabat makan
malam di rumah tetapi mendapati yang ada hanyalah air dan tamar
-
Makanan
baginda di hidingkan dalam dulang dan di letakkan di bawah. Baginda memulakan
makan dengan menyebut “BISMILLAH”, makan apa yang dekat dan dgn menggunakan 3
jari
-
Baginda
tidak cerewet. Makan apa yang ada.
-
Baginda
berbual-bual ketika makan dan membuat teguran jika perlu
-
Selesai
makan, Baginda menjilat jari dan memastikan dulang licin
-
Baginda
berkumur selepas makan dan selepas minum susu
-
Baginda
sentiasa minum ***infused water
-
Sekiranya
Baginda makan bersama isteri Baginda, baginda akan berbual dan bermesra ketika
makan.
***
cerita infused water di blog akan datang, Insya Allah
ISYA’
-
Rasulullah
saw akan berada di rumah Baginda sehingga azan di laungkan. Baginda tidak
tergesa-gesa untuk menunaikan solat melainkan setelah di dapati para sahabat
telah bersedia.
-
Baginda
lebih cenderung untuk melewatkan solat isya’
-
Baginda
tidak menjadikan solat isya itu berat. Baginda memudahkan.
-
Baginda
jarang berbual selepas isya mengambil kira para sahabat keletihan dan perlu
balik untuk berehat dan tidur.
-
Selesai
solat, baginda akan tunggu di masjid sehingga jamaah wanita pulang, barulah
Baginda pulang dan di ikuti sahabat2 yang lain
AWAL MALAM
-
Baginda
menyempurnakan solat sunat isya di rumah
-
Selesai
solat, baginda akan duduk berbual dengan para isteri dengan santai
-
Ada
ketika Baginda akan keluar berjalan-jalan atau
berehat bersama sahabat
-
Baginda
akan singgah sebentar ke masjid sebelum pulang semula ke rumah- Baginda masuk masjid dengan memberi salam
dengan suara yang rendah yg tidak mengejutkan ahli suffah yang sedang tidur
-
Di
rumah, apabila hendak tidur, Baginda akan menggunakan sehelai kain yang di
letakkan di kepala katil sebagai sarong, menanggalkan pakaian dan masuk kedalam satu selimut bersama isteri
Baginda
-
Baginda
akan meletakkan siwak di sebelah baginda yang akan di gunakan setelah terjaga
dari tidur – Baginda amat perihatin akan kebersihan mulut Baginda
-
Baginda
akan berbual dengan isteri buat seketika (pillow talk) dan bermesra
-
Mandi
hadas biasanya di ambil sebelum tidur. Sekiranya tidak, Baginda akan mengambil wudu’
dan mandi hadas akan di buat kemudian selepas bangun tidur.
-
Baca doa
sebelum tidur dan cara tidur
-
Sekiranya
tersedar, baginda akan bersiwak dan meneruskan tidur semula
PERTENGAHAN MALAM
-
Bangun
pada pertengahan malam
-
Duduk,
sapu muka, bersiwak dan mengadah muka ke langit seraya membaca ayat 190-200
surah al-imran
-
Bersiap
untuk solat malam di rumah, di dalam bilik tidur yang sempit
-
Solat
malam dan membaca al-Quran
-
Solat
malam tidak melebihi 13 rakaat. Dan solat yang panjang sekiranya di tunaikan
sendirian
AKHIR MALAM & SEBELUM FAJAR
-
Di akhir
malam, Baginda akan keluar mengejutkan Fatimah untuk bagun solat malam. Atau ke
Baqi mendoakan ahli Baqi
-
Balik ke
rumah, Rasulullah akan tidur sebentar sementara masuk azan subuh
No comments:
Post a Comment