ACARA SIANG HARI.....
ZOHOR
-
Bilal
melaungkan azan Zohor
-
Rasulullah
akan bangun dari qailulah (sekiranya baginda masih tidur) dan menjawab azan.
-
Baginda
akan mengambil wudhu (sekira perlu) dan menunaikan 4 rakaat solat sunat zohor
di rumah
-
Baginda
akan berada di rumah sehingga lah semua sahabat sudah bersedia utk solat
jamaah.
-
Di
rumah, Baginda akan bermain-main dengan cucu2 Baginda
-
Rasulullah
saw akan keluar ke masjid setelah di jemput oleh Bilal
-
Sebelum
keluar, Baginda akan mencium salah seorang isteri Baginda
-
Bilal
akan membaca iqamah setelah nampak Rasulullah saw masuk dan para sahabat akan
bangkit bersedia untuk solat
-
Ada
ketika Rasulullah saw tiba sambil mendokong cucu Baginda (Hassan atau Hussin
atau Umamah) – Baginda akan meletakkan cucu baginda di sebelah sementara Baginda
solat
-
Sahabat
pernah menceritakan Rasulullah saw sujud sangat lama, dan apabila sahabat
mengangkat kepala, mereka melihat cucu Baginda sedang memanjat belakang
Rasulullah yang sedang sujud
-
Ada
ketika juga Rasulullah mendokong cucu baginda ketika solat (ini berlaku ketika mendokong Umamah,
iaitu cucu perempuan Baginda), meletak anak tersebut ketika ruku’ dan sujud dan
mendokong semula apabila Baginda bangkit.
-
Rasulullah
saw solat Zohor di awal waktu – membaca lebihkurang 30 ayat pada rakaat pertama
dan kedua, dan bacaan yang lebih pendek pada rakaat ke tiga dan ke empat.
-
Solat
zohor Rasulullah saw itu amat panjang. Di ceritakan sahabat masih sempat untuk
buang air di Baqi’, kembali ke rumah untuk wudhu dan kembali ke masjid dan
mendapati Baginda masih di dalam rakaat pertama solat zohor.
-
Setelah
selesai mengerjakan solat, Baginda akan berpaling mengadap para sahabat. Berbual dan menyampaikan
sebarang pesanan penting atau wahyu
-
Ketika
ini para sahabat dalam keadaan segar setelah qailulah
-
Rasulullah
saw akan kembali ke rumah setelah menunaikan solat sunat 2 rakaat selepas zohor
-
Selepas
itu Baginda akan keluar semula untuk bersama para sahabat meninjau masyarakat sehinggalah
tiba waktu Asar
-
Azan Asar
di laungkan
-
Baginda
amat menggalakkan solat sunat 4 rakaat sebelum Asar
-
Setelah
semua sahabat sudah sedia, barulah Baginda keluar dari rumah untuk mengimami
solat Asar
-
Bacaan dalam
solat Asar baginda adalah lebih ringkas berbanding solat zohor
-
Selesai
solat, Baginda akan berpaling mengadap sahabat untuk menyampaikan taklim
ringkas kerana Baginda sedar para sahabat sudah letih bekerja dan perlu pulang
ke rumah.
-
Selepas
itu Baginda akan ke rumah semua isteri2 Baginda – Ini lah saat Baginda bermesra
dengan para isteri tanpa hubungan intim. Ziarah Baginda berakhir di rumah
isteri yang gilirannya malam itu.
-
Ada
ketika para isteri2 baginda akan datang berkumpul di rumah isteri yang
gilirannya malam itu. Hal ini biasanya berlaku di musim sejuk yang mana siang
adalah lebih pendek yang tidak memungkinkan Baginda untuk ke rumah setiap orang
isteri.
-
Sekembali
ke rumah selepas solat asar, Rasulullah akan menunaikan solat sunat (ini bukan
solat sunat asar, tetapi menggantikan solat sunat zohor yang tidak sempat
beliau kerjakan selepas zohor tadi)
-
Waktu
ini adalah waktu santai Baginda bersama isteri2. Berbincang sambil menjawab
permasalahan yang di timbulkan.
-
Kadang-kadang
Baginda memenuhi jemputan kenduri/makan selepas waktu asar.
Bersambung....
No comments:
Post a Comment