AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Wednesday, June 8, 2016

Telekung Oh Telekung

Tahun 1986

Saya mula kenal telekung mewah (yang harganya bukan harga biasa ketika itu) semasa saya matrikulasi. Kak Shimah antara senior saya yang cukup berada. Beliau memakai telekung berharga RM70 yang saya kira cukup mewah. Ada yang kata membazir guna telekung mahal - Kan nak tutup aurat masa solat je. Tapi ada yang kata, apa salah nya kalau mampu, pakai telekung yang mewah untuk mengadap Tuhan.

Ya. Satu hari nanti, saya juga nak pakai telekung mewah untuk mengadap Tuhan.

Hasrat untuk membeli telekung mewah itu saya simpan hingga lah saya kerja.

Tahun 2012

Sekarang sudah ada bermacam-macam jenama telekung mewah. Tapi bila pergi kedai, belek-belek telekung yang harga ratusan ringgit, masih rasa sayang untuk keluarkan duit sebanyak itu hanya untuk telekung.  Kerana dengan RM50 sudah boleh dapat telekung selesa di pakai.

Tahun 2015 -Ramadhan 1436

Saya memaklumkan dalam grup telegram rakan-rakan ex-kik 85 yang saya akan menunaikan umrah di bulan Ramadhan. Bagitahu mereka saya mohon maaf serta mohon doa dari mereka.

Tetiba, mendapat mesej dari Linda. "Iba. Bila boleh jumpa? Linda nak hadiah telekung untuk Iba pakai masa umrah nanti"

Pada hari dan tempat yang di janjikan, kami bertemu. Linda datang dengan wajah berseri-seri. Di tangannya membimbit beg telekung berjenama.
"Iba. Iba pilih nak yang mana. Linda beli 2 pasang. Satu untuk Iba, satu untuk makcik Linda, tapi Iba pilih lah dulu."
Ya Allah~~~ bagaikan pucuk di cita, ulam mendatang!!! Telekung ni memang lah idaman saya. Telekung Mewah!!!

So, pergi lah saya menunaikan umrah, sambil bergaya dengan telekung mewah hadiah Linda itu. Jumpa je jamaah Malaysia, tengok telekung yang mereka pakai. Hati mula membanding-bandingkan telekung ku dengan telekung mu. Sama jenama? Lain jenama? Murah? Mahal? Astaghfirullahal adzhimmm

Balik Malaysia, saya simpan sahaja telekung hadiah Linda tu. Sayang nak pakai.
Sehinggalah satu hari, ada majlis dan saya rasa nak 'melaram' dengan telekung mewah hadiah dari Linda.
Cari dalam almari rumah, tak ada
Cari dalam almari bilik tamu juga tak ada
Mungkin ada tertinggal di surau? Juga tak ada
Cari tempat laundry, tak ada juga

Ya Allah~~~ Allah nak mengajar saya. Jaga hati. Jangan ada riak. Jangan ada 'ujub. Jangan menunjuk-nunjuk.
Telekung yang Linda beri saya tak dapat jumpa walaupun habis almari saya geledah.
 
Tahun 2016 - Mac  

Saya mengikuti rombongan percutian di Acheh. Saya pernah ke Acheh sebelum ini. Saya suka Acheh jadi saya tak kesah untuk pergi lagi. Shopping? Tak ada benda untuk saya shopping. Saya cuma nak beli telekung. Telekung di Indon cantik dan murah.

Di pasar Acheh, saya hanya berlegar di kedai menjual telekung. Saya beli beberapa pasang telekung yang sweet-sweet, harga biasa-biasa saja. Buat hadiah bila perlu. Tetiba saya teringat telekung mewah! Saya mula bersemangat mencari telekung mewah untuk hadiah diri sendiri. Akhirnya.....jumpa yang menepati citarasa. Harga di bayar kurang RM200, tapi di Malaysia mau di jual dalam tujuh lapan ratus. Puas hati sungguh!!!

Balik ke Malaysia, saya tunjuk telekung mewah saya kepada emak.
Mak saya tanya "nak pakai bila telekung cantik macam ni ni?"
"Nak pakai pergi masjid la" Jawab saya
Mak saya kata lagi "Cantik sangat"
Saya mula terfikir "A a kan? Cantik sangat. Nanti orang lain tak khusyuk tengok telekung ni cantik sangat. Kita pun riak"
Saya bagitau mak "Tak jadi pakai telekung ni pergi masjid lah. Nanti orang lain tak khusyuk ralit tengok telekung. Nanti riak lagi. Saya nak pakai masa qiam je. Masa solat malam di rumah."

Begitu lah ceritanya.... Allah mengajar kita berbagai cara.


3 comments:

  1. hehe. tapi telekung mewah zaman akak matrik ngan sekarang jauh sangat bezanya kak.. dulu ada saya jumpa telekung ribu-ribu. Mahalnya lahaii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana jual telekung ribuan tu Sarah? Nak pi tengok

      Delete
  2. saya nampak dekat TV je last time kak, custom made dan kain bermutu agaknya. Tapi tak note pulak siapa mereka.

    ReplyDelete