8:48 pagi
29 Jun 2016
24 Ramadhan 1437
Buat amal
supaya Allah nampak
Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah daku ke dalam golongan orang-orang yg saleh, dan jadikanlah daku buah tutur yg baik bagi org-org yg datang kemudian, dan jadikanlah daku org yg mempusakai syurga yg penuh keni'matan.... asy-syu'araa:83-85
AL-KAABAH AL MUSHARRAF
Tuesday, June 28, 2016
Monday, June 27, 2016
Catatan 23 Ramadhan 1437H
12:45 pagi
28 Jun 2016
23 Ramadhan 1437
Amalan ku sedikit
Yang ada pun tak sempurna
Yang aku harap kan
Agar Engkau terima
28 Jun 2016
23 Ramadhan 1437
Amalan ku sedikit
Yang ada pun tak sempurna
Yang aku harap kan
Agar Engkau terima
Wednesday, June 8, 2016
Telekung Oh Telekung
Tahun 1986
Saya mula kenal telekung mewah (yang harganya bukan harga biasa ketika itu) semasa saya matrikulasi. Kak Shimah antara senior saya yang cukup berada. Beliau memakai telekung berharga RM70 yang saya kira cukup mewah. Ada yang kata membazir guna telekung mahal - Kan nak tutup aurat masa solat je. Tapi ada yang kata, apa salah nya kalau mampu, pakai telekung yang mewah untuk mengadap Tuhan.
Ya. Satu hari nanti, saya juga nak pakai telekung mewah untuk mengadap Tuhan.
Hasrat untuk membeli telekung mewah itu saya simpan hingga lah saya kerja.
Tahun 2012
Sekarang sudah ada bermacam-macam jenama telekung mewah. Tapi bila pergi kedai, belek-belek telekung yang harga ratusan ringgit, masih rasa sayang untuk keluarkan duit sebanyak itu hanya untuk telekung. Kerana dengan RM50 sudah boleh dapat telekung selesa di pakai.
Tahun 2015 -Ramadhan 1436
Saya memaklumkan dalam grup telegram rakan-rakan ex-kik 85 yang saya akan menunaikan umrah di bulan Ramadhan. Bagitahu mereka saya mohon maaf serta mohon doa dari mereka.
Tetiba, mendapat mesej dari Linda. "Iba. Bila boleh jumpa? Linda nak hadiah telekung untuk Iba pakai masa umrah nanti"
Pada hari dan tempat yang di janjikan, kami bertemu. Linda datang dengan wajah berseri-seri. Di tangannya membimbit beg telekung berjenama.
"Iba. Iba pilih nak yang mana. Linda beli 2 pasang. Satu untuk Iba, satu untuk makcik Linda, tapi Iba pilih lah dulu."
Ya Allah~~~ bagaikan pucuk di cita, ulam mendatang!!! Telekung ni memang lah idaman saya. Telekung Mewah!!!
So, pergi lah saya menunaikan umrah, sambil bergaya dengan telekung mewah hadiah Linda itu. Jumpa je jamaah Malaysia, tengok telekung yang mereka pakai. Hati mula membanding-bandingkan telekung ku dengan telekung mu. Sama jenama? Lain jenama? Murah? Mahal? Astaghfirullahal adzhimmm
Balik Malaysia, saya simpan sahaja telekung hadiah Linda tu. Sayang nak pakai.
Sehinggalah satu hari, ada majlis dan saya rasa nak 'melaram' dengan telekung mewah hadiah dari Linda.
Cari dalam almari rumah, tak ada
Cari dalam almari bilik tamu juga tak ada
Mungkin ada tertinggal di surau? Juga tak ada
Cari tempat laundry, tak ada juga
Ya Allah~~~ Allah nak mengajar saya. Jaga hati. Jangan ada riak. Jangan ada 'ujub. Jangan menunjuk-nunjuk.
Telekung yang Linda beri saya tak dapat jumpa walaupun habis almari saya geledah.
Tahun 2016 - Mac
Saya mengikuti rombongan percutian di Acheh. Saya pernah ke Acheh sebelum ini. Saya suka Acheh jadi saya tak kesah untuk pergi lagi. Shopping? Tak ada benda untuk saya shopping. Saya cuma nak beli telekung. Telekung di Indon cantik dan murah.
Di pasar Acheh, saya hanya berlegar di kedai menjual telekung. Saya beli beberapa pasang telekung yang sweet-sweet, harga biasa-biasa saja. Buat hadiah bila perlu. Tetiba saya teringat telekung mewah! Saya mula bersemangat mencari telekung mewah untuk hadiah diri sendiri. Akhirnya.....jumpa yang menepati citarasa. Harga di bayar kurang RM200, tapi di Malaysia mau di jual dalam tujuh lapan ratus. Puas hati sungguh!!!
Balik ke Malaysia, saya tunjuk telekung mewah saya kepada emak.
Mak saya tanya "nak pakai bila telekung cantik macam ni ni?"
"Nak pakai pergi masjid la" Jawab saya
Mak saya kata lagi "Cantik sangat"
Saya mula terfikir "A a kan? Cantik sangat. Nanti orang lain tak khusyuk tengok telekung ni cantik sangat. Kita pun riak"
Saya bagitau mak "Tak jadi pakai telekung ni pergi masjid lah. Nanti orang lain tak khusyuk ralit tengok telekung. Nanti riak lagi. Saya nak pakai masa qiam je. Masa solat malam di rumah."
Begitu lah ceritanya.... Allah mengajar kita berbagai cara.

Hari ini Dalam Sejarah....
Assalamualaikum....
Ramadhan Kareem buat semua :-)
Hari ini saya nak kongsi satu cerita lucu aka ajaib yang berlaku tanggal malam ke 3 Ramadhan 1437H bersamaan 7hb Jun 2016.
Malam sebelumnya selepas terawih saya bersalaman dengan seorang jemaah. Orang dari seberang. Saya beri nama Eton, pakai telekung yang sangat uzur.
Saya tanya.....kamu ada telekung lain tak?
Jawab..... tak ada kak
Saya.....okay...
So malam ini saya turun dengan membawa sepasang telekung baru. Siap dalam plastik.
Lepas terawih, saya cari Eton dan hadiahkan telekung tersebut.
Saya....Esok solat, kamu pakai telekung ini ya!
Eton..... Terima kasih kak
Seperti biasa, Eton akan terus meninggalkan surau tanpa menjamah moreh.
Selesai moreh, saya tercari-cari kunci rumah. Tak jumpa.
Cari bawah karpet, tepi dinding....tak jumpa
Alamak! Macam mana ni? Kunci x jumpa! Macamana nak masuk rumah? Dah malam, nak minta tolong siapa?
Saya.....Kak Ya....kunci saya tak ada
Kak Jun.....Rahibah letak mana?
Saya..........Kat sini je....entah-entah masuk dalam beg plastik telekung Eton tadi. Tak apa. Kita tadarus dulu. Kalu ada dalam beg plastik telekung, mesti Eton datang hantar.
Tadarus
Tadarus dah nak habis, Eton belum muncul. Saya mula berdebar-debar.
Tadarus selesai. Eton tak muncul-muncul sebagaimana saya harapkan.
Berpeluh!
Saya.....Macamana ni? Eton tak datang hantar kunci pun
Kak Jun...Entah-entah dia tak tengok dalam plastik tu. Dia bawa balik, terus letak kat tepi
Saya....Takkan la tak tengok...Kalau kita, mesti excited nak tengok bila orang bagi barang
Ati......Entah-entah lepas tengok telekung tu Eton campak aja beg plastik tu. Tak perasan ada kunci. Tapi kalu dia campak pun, x kan tak ada bunyi?
Saya....Nak gi cari Eton tanya. Tapi tak tahu rumah dia. Dia dok Blok B, sama dgn Zila. Cuba call Zila tanya kot dia kenal rumah Eton. Saya x bawa telpon
Kak Jun....Akak tak bawa telpon
Ati....saya pun tak bawa telpon ke surau
Kak Aya....telpon akak bateri dah mati. Jom tanya Abang Amir kalu dia boleh telpon Marhalim
Kami berderet keluar surau pergi ke kemah tempat En Latif, Abang Amir, Abang Mizi melepak menunggu isteri mereka.
Kak Aya.....Abang, tolong call Zila kejap
Abe Amir....Saya tak ada nombor Zila
Kak Aya....Call Marhalim
En Latif......Kenapa?
Kak Aya....Rahibah tak jumpa kunci rumah
En Latif.....Tak ada orang dalam rumah ke?
Kak Jun....Tak ada orang laaa....kalu ada senang kerja....
Abe Amir....Marhalim tak angkat phone
Ya Allah....macamana ni???
En Latif.....Tiada pilihan lain. Kena ketuk mangga. Nanti saya ambik penukul
Berderet lah kami ke rumah saya, sementara En Latif balik ke rumahnya mengambil penukul.
Cabaran pertama: Kunci grill
En Latif.... Mangga cam ni keras ni. Macam solek! Nak ketuk ni bising nanti. Jiran-jiran ok ke?
Tiada pilihan. Kena ketuk juga kasi terbuka kunci
Ketung! Ketung! Ketung!
Gagal
Abe Amir.....Kena guna macam pemotong tu. Kena potong.
Mana nak cari pemotong? Berpeluh peluh....
Saya.....Cuba kita guna kunci. Sapa ada kunci utk mangga mcm ni?
Abe Mizi ke depan. Bawa keluar kunci. Sua ke mangga. Masuk!
Pusing. Tap! Mangga terbuka dengan mudahnya!!!!
Semua......@-@...Eh! Senang nya terbuka! Kunci rumah sama!!! Kunci Rahibah sama dengan kunci Kak Jun!
Cabaran ke dua: Kunci pintu kayu
Abe Mizi cuba godek-godek tombol. Pintu tak terbuka. Dah mula nak angkat tungkul nak ketuk tombol
Saya......Eh eh eh....Jangan ketuk dulu..Kenapa tak guna kad? Cuba guna kad ikut tepi ni macam org selalu buat tu.
Abe Mizi.....Tak boleh. Sebab pintu rapat sangat. Kad tak boleh masuk.
Abe Amir ke depan. Cuba pusing tombol pintu. Wushhh! Pintu terbuka!!!
Clap clap clap
Ya Allah~~~~!!! Spechless!!!
Kejadian yang benar-benar menakjubkan.! Bak kata Ati "MACAM MAGIC!"
Setelah ahli jemaah perihatin tadi meninggalkan rumah saya, saya masuk ke dalam rumah dan buat sujud syukur.
Syukur pada Allah. Syukur tak terhingga.
Tak boleh saya bayang kan kalau tak dapat masuk rumah. Mana saya nak pergi. Dengan baju tidur dan bertelekung. Nak menumpang rumah orang? No no no...
Tapi Allah menghantar bantuanNya. Dengan cara yang begitu mudah. Allahu Akbar
Sehingga ketika saya menaip cerita ini pun, saya masih merasa amat terkesan dengan bantuan Allah. Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah
Kata Ati ....Allah bantu Kak sebab Kak sabar. Berkat tadarus
Kata Saya...Akak percaya Allah bantu berkat sedekah. Sebab sebelum tu Kak hadiah telekung pada Eton. Antara kelebihan sedekah ialah "menolak bala-menjauhi musibah".

HARI INI DALAM SEJARAH
"Ya Allah. Apa sahaja ni'mat yang kami dapati waktu siang dari sesiapa makhlukMu maka sebenarnya dari Engkau jua. Tidak ada sekutu bagiMu. Pujian dan kesyukuran kami untukMu.
Subscribe to:
Posts (Atom)