AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Tuesday, October 1, 2013

MLP - Typo error?


Salah taip? Sepatutnya MLM atau NLP?
No no no. Tak salah taip.
Betul. Its MLP – Multi level pahala bukan saya yg reka perkataan, Tapi saya dengar dalam radio ikim masa balik kerja semalam.

Berkenaan program ibadah qurban yg di kendalikan oleh EZQurban dgn Al-Baghdadi.
Katanya setiap RM5 yang kita bayar untuk bahagian korban akan dimasukkan kedalam tabung untuk pembelajaran al-quran anak2 yatim atau anak2 orang miskin. Bila anak-anak ini belajar al-Quran, baca dan seterusnya, saham kita ada juga di situ. Jadi pahalanya ber multi level. Berganda dan ganda dan ganda!!!
Rasulullah s.a.w amat menggalakkan umatnya menunaikan ibadah qorban kerana signifikasinya pada ummah di samping mendapat pahala yang sangat besar. Tak perlulah saya menghuraikannya di sini. 

Sebuah hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah:
Zaid bin Arqam berkata:
Mereka telah bertanya, wahai Rasulullah, apakah udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w menjawab : ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim
Mereka bertanya lagi. Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w menjawab: untuk setiap helai rambut satu kebaikan
Mereka bertanya lagi. Maka bulu yang halus pula? Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan

Lantaran besarnya pahala yang Allah sediakan kepada org yang menunaikan ibadah qorban ini, ada imam yang menharuskan berhutang semata-mata untuk merebut ganjaran yang Allah sediakan.

Saya tak adalah suruh anda berhutang, tapi kalau anda ada duit lebih, kan baik gunakan untuk pelaburan akhirat ini. Pelaburan yang KONFORM untung. Saya jamin untung! Errr…dengan niat yang betullah.
Tetamu di ikim ada sebut website ini www.korban2u.com tapi bila saya ke site tersebut, macam tak kemas kini je.
Ada fb Qurban Aqiqah Perdana. Anda boleh rujuk di situ dan kalau ada pertanyaan, telefon terus penganjur. Ada nombor talipon di situ.
Selain dari Qurban aqiqah perdana ini, anda boleh memilih untuk melaksanakan korban melalui http://islamic-relief.org.my/qurbani-2013/ di negeri2 lain seperti Sri Lanka, Pakistan, Somali, India dan banyak lagi. Kadar dari RM350 hingga RM1400 setiap bahagian tertakluk kepada pasaran semasa tempat2 tersebut

Kalau anda mahu dapatkan resit untuk pelepasan income tax, anda boleh buat korband melalui Haluan Malaysia atau Aman Palestin

Saya tak ada komisen promote korban ni. Yang saya harapkan ialah komisen akhirat. Cuba menjadi 'rider' melalui amalan orang lain. Hiiiii

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Rahibah, saya pun nak jadi MLRider. Akan share entri bagus ini :)

    ReplyDelete