Alhamdulillah Allah mengizinkan saya beserta keluarga untuk
menunaikan umrah pada 14hb May – 24hb May 2013.
Perjalanan kali ini mengikuti Fayrooz Travel merupakan suatu perjalanan yang penuh bermakna dan
sarat dengan ilmu, Alhamdulillah.
Catatan ini ditulis lebih sebagai kenangan dan ingatan
untuk diri saya. Kalau ada yang baca dan boleh dapat manfaat, Alhamdulillah~
Kami menaiki Saudi Air pada jam 3ptg,14hb May dan tiba di Jeddah jam 8mlm. Terpaksa
melepak di airport selama 3jam kerana bas lambat tiba. Hampir masuk ke kota
Madinah, Mutawwif kami Ustaz Razak mengejutkan kami dari tidur, menyuruh semua jamaah
bangun meraikan masuk ke kota Nabi s.a.w, tanah tersemadinya jasad Nabi s.a.w.
yang mulia. Ustaz mendendangkan bacaan selawat untuk diikuti oleh para jemaah. Di
selang seli dengan cerita kesah penghijrahan Baginda al-Rasul. Ustaz juga
menganjurkan para jamaah agar sering berdoa untuk dimatikan dalam keadaan
syahid di bumi Madinah. Kata Ustaz, mahu tak mahu kita akan tetap mati. Jadi
dari mati di tempat entah di mana-mana, baik memohon untuk mati di Madinah. “Ya
Allah, matikan kami sebagai orang yang shahid, dan wafatkan kami di negeri
Rasul”. Ooohh…ini doa saya selama ini juga. Saya pernah meyebut hasrat saya
untuk mati di Madinah kepada encik suami. Kata suami saya, orang terpilih
sahaja dapat mati di Madinah, dan saya jawab “mungkin saya orang terpilih!”.
Mohon amin kan ya, agar saya dapat mati dengan iman di bumi Madinah – itu cita2
saya J
Tiba di hotel jam 5 pagi. Solat subuh di bilik, sarapan
dan rehat. Jam 730pagi kami dibawa oleh Ustaz Razak untuk
mengenali Masjid Nabawi.
Kami di bawa dekat dengan ‘kubah hijau’ tempat di mana
Baginda berserta 2 sahabat karib Baginda di semadikan. Ada 4 pintu di sana;
pintu di mana malaikat Jibrail masuk bertemu Nabi s.a.w, pintu Sayyidatina
Aisyah, pintu ahli suffah dan pintu di mana Nabi s.a.w memberi rawatan kepada
para unta. Nabi s.a.w akan menjulurkan kaki Baginda dan mana-mana unta yang
sakit akan menjilat tapak kaki Baginda untuk tujuan rawatan.
Ustaz juga memberi tahu di kawasan Masjid Nabawi, ada tempat
berbatu marmar putih. Mengikut kata Ustaz, tempat yang bermarmar putih itu
merupakan tapak asal kawasan rumah Ummahatul Mukminin dan fadhilat bersolat di
kawasan bermarmar putih itu lebih baik berbanding dengan kawasan bermarmar
kelabu. Saya dapati pada waktu solat, kawasan bermarmar putih ini akan
dibentangkan dengan permaidani. Sori tiada gambar untuk ditunjukkan kerana tak bawa kamera.
Program ziarah keesokannya ialah ziarah tempat2 bersejarah.
Pada mulanya kami sekeluarga tak mahu ikut ziarah, kononnya nak ke Masjid
Nabawi saja sebab dah tahu cerita tempat-tempat yang hendak di lawati – Masjid Quba’,
Jabal Uhud, Pasar Kurma dan Masjid Qiblatain tapi Ustaz Razak suruh kami ikut.
Katanya sedangkan Nabi tidak miss pergi solat di Masjid Quba’ pada setiap hari
Sabtu, inikan pula kita yang datang ke Madinah entah berapa tahun sekali pun
tak nak pergi solat di Masjid Quba’! Owh, gitu ya? Ok, kami ikut Ustaz!
Tempat ziarah pertama yang kami tuju ialah Masjid Quba’.
Ustaz mengingatkan jemaah agar ke Masjid siap berwudhu dari hotel untuk
mengambil pahala umrah, sebagaimana sabda Nabi s.a.w “Sesiapa yang berwudhu’ di
rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan di beri
ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah). Ustaz juga
mengingatkan para jemaah ada banyak penjual2 berhampiran masjid, Ustaz tak mahu para jemaah terpedaya untuk 'bershopping' pulak di sini. Ustaz beri petua bila lalu dekat penjual2 tersebut, sebut saja ‘cobaan~`”.
Ustaz Razak sedang memberi penerangan |
Berhampiran dengan Masjid Quba ada sebuah perigi. Perigi itu
dahulunya kepunyaan seorang Yahudi. Orang Yahudi ini membenarkan orang Islam
untuk mengambil air dari perigi tersebut sekali sahaja dalam masa seminggu, dan
hari selebihnya untuk orang2 Yahudi. Suatu ketika, orang Yahudi ini hendak
mengahwinkan anaknya. Dari zaman dahulu lagi perbelanjaan perkahwinan amat
tinggi dan Yahudi ini terpaksa menjual perigi tersebut untuk buat belanja. Yahudi menawarkan harga
jualan sebanyak 1,000 dinar. Tawaran jualan ini disambut oleh (Saidina Abu
Bakar @ Abdul Rahman bin Auf – lupa saya sbb tak bawa nota utk catit penerangan
Ustaz) dan sahabat tersebut telah membeli dengan harga 4,000 dinar! Bila
sahabat beli, orang Yahudi ini sudah risau takut sahabat ‘pulangkan paku buah
keras’ tetapi sahabat dengan penuh adil mewakafkan perigi itu untuk diambil air
oleh sesiapa sahaja. Itulah sepatutnya ditunjukkan oleh orang Islam. Kehaibatan
ekonomi dan membelanjakan untuk kemaslahatan umum dengan penuh adil!
Sebelum naik meninggalkan bas, saya dengan Kak Zarah dari KK tak
boleh tahan godaan melihat buah pelaga yang hijau dan besar2 yang dijual oleh
peniaga di kaki Masjid. Takut di marah Ustaz kami lari ke tempat peniaga dan cepat2 sambar satu kampit
buah pelaga yang dijual dgn harga SR10. Keputusan kami berbaloi sebab buah pelaga yang kami lihat di tempat
lain tidak secantik buah pelaga yang di beli di Quba’. Heeee…
Seterusnya kami ke Jabal Uhud. Ustaz bercerita tentang
Perang Uhud, tapi tak perlulah saya tulis semula kisah perang Uhud ni sebab
ramai orang dah tahu ya! Biar saya tulis cerita Bukit Uhud ini dari sudut yang
lain sebagaimana disampaikan oleh Ustaz Razak.
Bukit Uhud adalah bukit yang sungguh romantik. Nabi s.a.w ada bersabda "Sesungguhnya Bukit Uhud mencintai kita, dan kita pula mencintainya'. Bukit Uhud ini adalah satu dari 4 bukit syurga yang
ditunjukkan Allah di dunia. Bukit syurga?! OooO saya baru tau! Kalau dilihat,
warna batu dan tanah bukit Uhud ini ialah kemerah2an. Ada yang menyatakan warna
merah melambangkan darah para syuhada’ yang terkorban semasa perang Uhud. Ada
juga menyatakan kerana Bukit Uhud ‘blushing’ kerana di tegur Nabi. Ceritanya
begini…..suatu hari, Nabi beserta 2 orang sahabat Baginda menaiki Bukit Uhud.
Bukit Uhud, apabila tahu Nabi s.a.w beserta sahabat berada di atasnya, maka ‘excited’
lah Bukit Uhud tersebut lalu melompat-lompatlah si Bukit. Bila Bukit ‘melompat’,
menyukarkan Baginda al-Rasul dan sahabat untuk berjalan. Ya lah, nak berjalan
tapi bukit dok bergerak2 melompat, mesti susah! Lalu Nabi s.a.w pun tegur Bukit
Uhud. Maka dek teguran Baginda ini lah Bukit Uhud menjadi merah padam
lantaran malunya. Wallahu a’lam
Berhampiran bukit Uhud ada perkuburan para syuhada’ Uhud.
70org sahabat telah terkorban dan di semadikan di sini. Suatu ketika banjir
besar, 40 mayat syuhada’ timbul. Walaupun mereka telah disemadikan sekian lama,
mayat mereka seolah-olah baru sahaja meninggal. Mayat tersebut kemudiannya dialihkan dan disemadikan di perkuburan Baqi’ dan tinggallah 30 syuhada’ di perkuburan asal
di Uhud.
Seterusnya ke pasar Kurma. Beli kurma ‘Lubanah’ SR30 sekilo –
Kurma baik untuk membaiki horman wanita. Dan kurma Sukkari untuk lelaki. Jangan tertukar makan kurma pulak ya!!!
Amalan tambahan semasa di Madinah:
Selain dari beribadat dengan ganjaran 1,000 kali pahala di Masjid Nabawi serta berdoa di Raudhah, berikut adalah amalan tambahan yang boleh kita lakukan;
Selain dari beribadat dengan ganjaran 1,000 kali pahala di Masjid Nabawi serta berdoa di Raudhah, berikut adalah amalan tambahan yang boleh kita lakukan;
1) Berselawat,
berselawat dan banyakkan berselawat ke atas Nabi sebab di sini, selawat kita
akan dijawab langsung oleh Baginda s.a.w tanpa perantaraan. Sekiranya di tempat
lain, selawat kita akan di sampaikan melalui perantaraan malaikat.
2) Pastikan anda tidak tidur semasa masuk atau semasa hendak
keluar kota suci Madinah. Banyakkan selawat. Biar kita nampak kesungguhan
kecintaan dan kerinduan kita kepada Baginda Al-Rasul. Kalau masuk Madinah
dengan keadaan ‘ternganga’ tidur, cinta dan rindu Baginda kah itu????. Ustaz Razak bersungguh2 kejutkan kita para jamaah supaya 'Jangan Tidur'!
Hmm…rasanya itu sahaja catatan dari Madinah. Catatan dari
Mekah akan menyusul, Insya Allah
Terima kasih info pasal kurma utk lelaki & wanita tu :)
ReplyDelete