AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Wednesday, April 18, 2018

Persiapan memasuki dewan bedah (operation theatre)



Bayang kan….

Sekiranya seorang itu di maklumkan dia terpaksa menjalani satu pembedahan yang major, membuang segala penyakit dalam badan dia, dan sekiranya Berjaya….dia akan hidup seperti orang baru…badan sehat seperti muda semula…everything tip-top! agak-agak….macamana sikap orang tersebut?

Dia mesti lah EXCITED!  TERUJA membayangkan keadaan diri dia kiranya pembedahan itu Berjaya.  Sehat, kuat, boleh berjalan ke sana sini, boleh buat apa saja yang dia suka…Wahhhh…Seronoknya!!!!

Tapi pada waktu yang sama, dia pasti NERVOUS nak masuk dewan bedan. Berdebar-debar.
Dia pasti membuat persediaan fizikal dan mental, mungkin 2 atau 3 bulan lebih awal dari tarikh pembedahan tersebut.

Dia akan pastikan minda dia sentiasa positif
Dia akan pastikan dia mengambil supplement yang bagus. Makan makanan yang bagus. Tekanan darah, jantung semuanya OK
Buat senaman supaya badan fit.
Dia akan banyak istighfar dan berdoa memohon Allah mudahkan urusan pembedahan beliau.
Dia akan meningkatkan amalan puasa sunat. 
Dia akan buat banyak sedekah.
Dia akan menaja bacaan yassin serta minta ahli jamaah yassin buat solat hajat serta mendoa kan beliau.
Dia akan banyakkan baca Quran.
Dia akan banyakkan buat solat hajat, solat tahajjud dan segala macam solat.
Dia masih mengharapkan bantuan Allah agar pembedahannya berjaya.
Doa dan amalan-amalan di atas menjadi penguat semangat.

Bagaimana persediaan kita untuk masuk ke dewan bedah yang maha canggih, yang kalau pembedahannya berjaya, dapat menghilangkan segala penyakit batin kita, bukan shj dapat menjadikan kita sehat di dunia, malah menjangkau kesihatan hidup akhirat…… persiapan ke dewan bedah RAMADHAN…..

Saya masih lagi berusaha men-psiko kan diri untuk meningkatkan keterujaan dan saya masih berusaha meningkatkan rasa nervous agar saya lebih bersungguh meminta bantuan Allah.

Saya akan memasuki dewan bedah RAMADHAN tak lama lagi…..

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan…. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan






Ini Sis Sabria
Sis Sabria. Di kenali juga sebagai Montreal's Muslim Mother Teresa kerana kerja2 amal beliau tanpa mengira bangsa dan agama.

Tatkala saya berjumpa beliau 2 bulan lepas, beliau sudah pun menyatakan keterujaan beliau utk menyambut Ramadhan sambil membayangkan  seronoknya dapat memasak, menjamu orang berbuka puasa.....Being with her, indeed is very inspirational.... Masya Allah

Monday, April 9, 2018

PETUA MENAIKKAN SERI WAJAH...Ehemmm



Bismillah…. Kita mula kan post tahun ini dengan petua menaikkan seri wajah.

Maklumlah, tahun ni dah nak masuk 5 series, jadi kena amalkan banyak petua, terutamanya petua untuk dapatkan wajah berseri-seri.
Di sini saya ingin berikan 2 petua….

Petua pertama ni, dah lama dah saya semat kan dalam hati utk amalkan, tapi bila datang masanya lidah jadi kelu. Dan hasrat berlalu begitu saja….Saya harap dengan tahun baru ini (walaupun skrg dah nak masuk bulan pilihanraya dan bulan ramadhan) saya harap hati saya lebih kental untuk amalkan petua ini.

PETUA PERTAMA (1)

Ada banyak hadith yang menggalakkan kita untuk memberi salam.  Antara hadith yang terkenal menggalakkan kita memberi salam ialah hadith berikut.

“Kamu tidak akan masuk surga hingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman hingga kamu saling mencintai (karena Allah). Apakah kamu maujika aku tunjukkanpada satu perkara jika kamu kerjakan perkara itu maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu!” (HR. Muslim)

So….apa kaitannya memberi salam dengan menaikkan seri wajah.
Baik….. cuba anda sebut “Assalamualaikum”
Bagaimana wajah anda ketika anda sebut Assalamualaikum? Adakah anda menyebut Assalamualaikum dengan berwajah ketat? Atau berwajah manis?
Kalau anda menyebut Assalamualaikum dengan keadaan berwajah ketat, saya rasa ada sesuatu yang tak kena dengan anda. Anda telah menyanggahi ‘roh’ salam itu sendiri.
Salam adalah mendoakan kesejahteraan, jadi seharusnya kesejahteraan diiringi dengan rasa lapang dada dan hati yang besar.

Saya sangat pasti orang yang menyebut Assalamualaikum, tak kira bagaimana perasaan dia ketika itu, perkataan Assalamualaikum akan menolak hati dia menjadi tenang, seterusnya membawa perasaan ini naik ke wajahnya, menggerakkan segala otot wajah untuk tersenyum dan merangsangkan mood positif ke otak.

Sebar kan salam, baik kepada orang yang kamu kenal, atau yang kamu tidak kenal.
Hurmmm…..macamana ya???
Saya rasa…sebagai resolusi mudah, dan praktikal, saya akan mulakan dengan memberi salam ketika mahu masuk lift.
Anda sudah biasa buat? Tahniah!!!
Saya belum biasa, jadi sempena tahun baru ini saya akan biasakan beri salam ketika mahu masuk lift (ofkos lah masa lift tu ada org islam! Takkan masa lift kosong pulak!)

PETUA KE DUA (2)

Petua ke dua untuk menaikkan seri wajah ialah…. Dengan menyebut ALHAMDULILLAH.
Seperti praktikal petua di atas…. Cuba anda sebut, Alhamdulillah.
Tapi untuk Alhamdulillah ini, anda tak boleh sebut laju2 macam nak kejar bilangan 33 lepas solat tu. NO! Alhamdulillah ini anda kena sebut perlahan-lahan dan kemudian melepaskan lafaz tersebut dengan senyuman.

Kesannya…anda akan merasa tenang, syukur dan ini dapat merangsangkan sel-sel bahagia dalam tubuh anda. ‘Good feeling cells’ ini akan dapat menjadikan wajah anda berseri-seri

SEKIAN, PETUA SERI WAJAH PADA HARI INI…… Petua mudah yang telah di ajar oleh Rasul kesayangan kita seribu empat ratus tahun lalu.... SELAMAT BERAMAL....




Sunday, January 1, 2017

Option A atau Option B

Alhamdulillah, saya bertuah mengenali dan mempunyai mereka sebagai rakan saya;
Teman2 yang ikhlas memberi teguran bila perlu di tegur, memberi pandangan bila di minta, memberi solusi bila di tanya, ilmu di kongsi tanpa iri, sama-sama ceria di saat gembira dan sama-sama bersedih di saat ada yg berduka.

 Chatting berikut di grup Tele kami;


Ani:  Yon....Option A ke B? 
         Happy New Year Yon....hehe

Yon:  Ani...byk tahun dah dok pilih A...thn ni nak pilih B pula..."sengih"

Ani:  ok Yon, sama la kita...Stick to your resolution Yon. 
        Rasa tawon ni boleh berjaya resolution kita tu Yon...

Yon: "sengih" "sengih"

Ina:  Ina dok pilih B selama ni....so tahun ni nak pilih A la pulak

Yon: "berpeluh" 

Ani: Ina dok pilih A, tapi buat B...hehe
       Pilih B... senang sikit ar....

Yon: dah frust dgn pakej A..jadi ubah lah pi pakej B pulak mulai tahun ni

Hana: Kena istiqomah pilih A, biar senang beribadat "senyum"

Yon:  Tkasih Hana atas nasihat

Hana: "jambangan bunga" utk Yon

Buat semua rakan2 ex-KIK 85 dalam grup Tele dan bukan dlm grup...  
I love you all lillahi ta'ala....All my best wishes to you!!!

Resepi 5-AT

Resepi 5-AT: berserAT, berkhasiAT, cepAT, sehAT 


Di sini saya ingin kongsi resepi sayur bendir yang sering saya buat di rumah. 
Resepinya mudah saja…..haruslah mudah untuk orang yang kurang rajin memasak seperti saya ini…

Bahan-bahannya:
Bendi
Bawang besar
Buah tomato
Serbuk jintan putih
Coarsed chilli
Garam  
 Daun ketumbar
*optional : limau nipis

Caranya:
Goreng bawang besar hingga layu
Masukkan bendi
Masukkan cili serta serbuk jintan putih
Masak sehingga bendi lembut
Masukkan buah tomato
Stabilkan rasa dengan garam dan taburkan daun ketumbar
Kalau nak bubuh jus limau nipis pun boleh. Kasi masam2
Siap!

Resepi ini resepi asas.
Boleh dimakan begitu saja atau makan dengan nasi. Kalau nak makan dengan nasi, saya akan tambahkan ayam yang di potong kecil. Enak weh!
Kalau saya nak makan dengan roti, saya akan tambahkan telur. Caranya bila dah masak, saya akan buatkan ‘telaga’ di tengah2 masakan ini dan kemudian saya akan pecahkan telur. Angkat semuanya dan makan cecah dengan roti.

Infused Water
 
Saya juga suka buat infused water menggunakan bendi bersama daun ketumbar.
Ambil 2 batang bendi dan potong halus-halus. Masukkan daun ketumbar untuk memberi bau yg wangi.
Isi air dan biarkan semalaman. Minum di waktu pagi sebelum sarapan.
Kawan saya geli nak minum sebab airnya jadi berlendir. Tapi saya ok je. Bak kata org Jepun, "Heiki…tenang2 aje"

Antara khasiat bendi ialah:
Menstabilkan kandungan gula dalam darah
Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar
Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit, terutama dalam kalangan warga tua
Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa
Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi
Sifat yang beralkali membantu meneutralkan asid dalam badan, sekali gus membantu mengurangkan masalah penghadaman
Membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong dan kesakitan pada dubur
Air rebusan bendi boleh mengenyahkan toksik, di samping menstabilkan paras gula dan mencegah diabetes. Rendam dua batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air selama semalam. Pastikan gelas ditutup. Amalkan minum air rendaman tersebut selama 2 minggu sebelum sarapan kerana dikatakan mampu memberikan hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.
Kacang bendi memang banyak khasiatnya. Mari amalkannya demi kesihatan anda.

Saturday, December 31, 2016

Letih

Semalam letih benar rasanya. Macam sayur.
Tak tahu lah kenapa.
Adakah sebab jaulah kemarin (saya dpt tempat ke 3 acara serang belon, tau! berpeluh-peluh bergelut dengan orang muda :-P)? atau sebab urusan 2 acara yang berturutan di hujung minggu ini, atau sebab apa....saya pun tak tahu. Letih sangat rasanya.

Kalau dengar dek Prof Muhaya, mesti beliau dah kata saya mesti fokus perkara positif. Badan kita akan bertindak mengikut fikiran kita.... tapi dah x leh nak fokus positif prof, dah letih. Biar lah saya rehat..
Saya masih belum dapat samapai ketahap 'pejuang' yang berkata...dunia ini tempat berpenat lelah, akhirat adalah tempat berehat!


Saya sebenarnya amat kagum dengan mereka2 yang punyi keluarga, punya anak, punya suami tetapi masih ligat ke sana kemari buat kerja amal.
Saya kagum melihat mereka yang lebih berusia dari saya, dengan penuh semangat, turun padang sampaikan bantuan untuk orang-orang susah. paling tidak pun melihat Opah yang tidak pernah miss turun dari tkt 4 menyeberangi beberapa blok dan taman utk ke surau.

Ingin saya berkongsi catatan yang saya ambil dari slot Islam itu Indah, oleh Ustz Pahrol

Hati yang letih
Macamana boleh kita tahu hati kita letih?
Iaitu bila berbuat taat tidak terasa manis, bila buat dosa tidak terasa berdosa
Hati yang letih tidak mampu melakukn ketaatan wpun jasadnya sehat atau harta banyak

Di katakan, "Jarak antara masjid dan rumah bukan di tentukn kaki tapi di tentukn hati". Bila hati sudah letih, masjid di depan rumah pun tak dapat pergi, tapi bila hati kuat, sanggup bersusah payang start motor walaupun masjid jauh dari rumah.
(rumah saya betul-betul atas surau, tapi saya jarang turun surau sebab saya perempuan....alasan!)

Kenapa jadi letih? Bila hati jadi lemah.
Kenapa hati jadi lemah?
1. Bila kita jauh dari Allah yg Maha Kuat
2. Bila hati kotor - sbb dosa

Ubat hati yang letih
Bagaimana nak hati kembali segar? Apa ubatnya?
1. Kembali kpd Allah - taubat
2. Bersihkn hati - dgn istighfar
Hud:52

Berterusan istighfar supaya dosa dpt di bersihkan.
Taubat & istighfar ini kerja setiap masa setiap ketika. 
Tanda hati sudah segar
1. Mampu bakar jambatan yg mengundang kpd dosa - kawan yg jahat, aktiviti dosa, waktu kesepian
2. Sudah ada peningkatan dlm amalan soleh
3. Rindu utk solat
4. Tidak boleh berpisah dgn al-quran
5. Ringan utk bersedekah
6. Senang bersilatur-rahim
7. Semakin serius dgn ilmu - mampu melapangkn masa utk ilmu - ada jadual utk hadir majlis ilmu - catit 
8. Tidak memandang dosa sbgai kecil - kpd siapa kita berdosa
9. Sentiasa mengekalkn rasa berdosa - sentiasa menangis pikirkn dosa - takut - terus menerus bertaubat
 
Apa beza mohon istighfar dan taubat
Istighfar - mohon ampun - org lain pun boleh mohon ampun utk kita
Taubat - ada syarat2nya... menyesal - berazam tak mahu buat lagi - beramal soleh

Dekatkn hati dgn
1. Al-Quran
2. Mengingati mati
3.Qiamullail
 
Sbb apa hati terluka;
Kerana dunia
Kerana manusia
Mcmana nak ubat? Belajar mencintai Allah 

Selain perbaharui azam, baharu kan juga taubat kita.
 Azam 2017
1. Kenalpasti apa dosa2 kita -- tinggalkn!
2. Perbaiki hablun minallah eg solat awal waktu
3. Perbaiki hablun minannas  eg lebih compassionate
 
Semua perancangan kita tidak akan terlaksana kecuali dgn pertolongan Allah. 
 
Saya doa kan agar Ustaz Pahrol juga sehat dan dapat terus menyentuh hati-hati kami dengan kata2 beliau yang lunak dan metafora-metafora yang indah itu. 
 
Selamat Menyambut Tahun Baru.
Moga kita mampu menjadikan hidup kita lebih bermanfaat di tahun ini. Ameen
Antara azam tahun baru...istighfar sekurang-kurangnya 100 kali sehari. Sebelum ni dah letak azam ni, tapi masih kantoi :-P. Moga tahun ini dapat istiqamah



Saturday, November 26, 2016

Brown Rice Gratin



Sudah beberapa bulan saya makan nasi beras perang. Kononnya nak kurangkan pengambilan karbo. Entah lah berkesan ke tidak.

Beras perang ni rasa nya ‘semacam’ sikit. Ala-ala gandum, barli gitew.
Kalau makan dengan lauk biasa, amat lah tidak menyelerakan. Kuah dia ‘ttok ppalit’ bahasa oghe klate. Tak boleh nak pikir bahasa oghe luar. Sememangnya bahasa Kelantan adalah bahasa yang sungguh kaya! Hari ni tak mahu cerita tentang bahasa, jadi kita ke tajuk resipi beras perang ni semula…

Memandangkan nasi beras perang ni tak berapa sedap untuk di makan dengan lauk pauk (bagi saya la…), saya lebih suka masak beras perang ni ala bubur.

Selain itu, saya suka juga masak cara ‘gratin’
** saya kenal gratin ni masa saya belajar di Jepun dulu.

Tak tahu lah cara gratin ni kena atau tidak dengan selera orang Malaysia, tapi bulan lepas saya bawa ke usrah, dan ahli usrah saya pakat minta resepi. So kira ‘boleh di terima’ lah yer.

Resepinya mudah saja…

Nasi beras perang (atau macaroni) – masak

Bahan untuk buat white sause
225g udang
1 biji bawang besar di potong kiub
4 sudu besar mentega
4 sudu besar gandum
2 1/2 cawan (600ml) susu
Garam secukup rasa
Lada hitam
mozzarella cheese

Cara:
Panas kan butter dengan bawang
Goreng bawang hingga lembut
Masukkan gandum – biarkan gandum masak buat seketika (kalau gandum tak masak, nanti rasa berhampas)
Masukkan susu. Kacau jangan sampai berketul
Masukkan udang – kacau sampai masak
Masukkan nasi / macaroni
Angkat dan tabur dengan cheese sebelum di bakar

Kalau nak tengok video,boleh klik link ini

Ada beza sedikit bahannya.
Saya lebih suka guna udang sebab nanti dapat rasa manis udang. Dan saya lebih suka guna black pepper.
Steps masakannya juga sedikit beza.
Saya masak bawang yang di hiris kiub, sekali dengan butter.
Apapun buat lah mana yang mudah.
Hasilnya sama saja.

Selamat mencuba!
sebelah kiri saya bubuh cheese dlm nasi. Kanan atas nasi