Pernahkah anda di datangi
oleh seseorang berbangsa ala Pakistan meminta derma/sedekah/menjual tasbih? Dan
bila anda tanya berapa harga, dia kata bagi seikhlasnya. Bila anda bagi sedikit
wang, dia akan menadah tangan dan membacakan doa untuk anda?
Atau
Pernahkah anda melihat
wanita indon menyelongkar tong sampah mencari botol2 atau bekas2 plastik untuk
di jual? Dan anda menghulurkan sedikit wang kepadanya, dan dia memberikan
senyuman kepada anda lantas berkata “Terima kasih Buk~ moga Alloh menambah rejeki
Ibuk”
Apa perasaan anda ketika
itu? Perasaan saya? Menyesal! Dalam keadaan biasa-biasa, apabila saya memberi
sedekah dan penerima sedekah mengucapkan terima kasih, saya tak rasa apa-apa.
Tapi kalau penerima sedekah saya itu membaca doa (atau mendoakan saya) selepas
saya bagi sedekah, saya akan rasa sangat menyesal. Saya rasa menyesal kerana
cuma bagi seringgit dua- tak setimpal dengan nilai doa yang mereka bagi kepada
saya. Rasa macam nak patah balik tambah lagi sedekah pun ada, tapi malu lah
pulok nak patah balik. Heee
Saya pasti, apabila kita
memberi, kita tidak mengharapkan apa-apa balasan. Insya Allah, pemberian kita
ikhlas. Tapi Allah Maha Sensitif dan Maha Peka dengan naluri kita. Hati kita
akan lebih tersentuh sekiranya orang yang menerima pemberian kita mendoa kan
kita.
Dalam Surah Al-Taubah: 103
Allah berfirman
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ambilah (sebahagian)
dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan
mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi
ketenteraman bagi mereka. Dan
(ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Begitu halus sekali
Allah menyantuni fitrah hati kita tatkala Allah
menganjurkan pihak penerima sedekah/zakat untuk mendoakan kepada orang yang
memberi sedekah/ zakat itu.
Apa yang boleh kita
pelajari dari ayat di atas ialah Allah menggalakkan kita untuk mendoakan orang yang berbuat
baik kepada kita.
Contohnya:
i) Kita
tumpang kereta kawan. Kita ucap terima kasih. Apa kata kita tambah dgn doa agar Allah berkati kereta beliau. Kalau kereta beliau kecil,
kita doakan agar Allah murahkan rezeki sahabat kita itu untuk dapat beli
kereta yang lebih besar. Doakan depan beliau. Pasti hati sahabat kita itu akan berbunga-bunga.
Atau
Atau
ii) Kita minta
kawan tolong belikan lunch. Selain ucap terima kasih, kita tambah dengan doa. Doakan agar
kawan yang tolong kita tu supaya Allah berikan kebahagian, kesihatan untuk
sentiasa cun melecun. Pasti sahabat kita gembira mendengar doa kita itu.
Kalau rasa tak sempat
nak doa, sebut sahaja “Jazakallahi khaira” yang bermakna “Semoga Allah membalas
kebaikan kepada anda”. Berterima Kasih itu bagus tapi bila diikuti dgn doa 'agar Allah membalas kebaikan yg diberi' rasanya itu lebih
bermakna
*** antara sebab saya
suka jamu Kak Fajar makan ialah sikap beliau yang semula jadi. Selepas makan
saja, Kak Fajar akan terus baca doa untuk saya. Dan owh ~ doa beliau
membuatkan saya rasa ~ sungguh bahagia!